TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Thursday, January 29, 2009

Melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab setiap umat manusia. Kita mempunyai tanggungjawab sosial yang sangat tinggi untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan dan sokongan moral. Manusia diciptakan dengan keperluan untuk saling memerlukan di antara satu sama lain sesuai dengan pepatah bagaikan aur dengan tebing.
YKSNS memerlukan penglibatan handai taulan supaya memberi perkhidmatan sebagai Sukarelawan. Perkhidmatan Sukarelawan amat diperlukan untuk membantu memikul tanggungjawab sosial bagi menghadapi golongan yang memerlukan.
Bagi ahli ataupun sukarelawan yang telah melibatkan diri diharap dapat memberi sumbangan semaksimum mungkin. Jangan kita sekadar memegang jawatan tetapi tidak menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya menjadi tanggungajawab kita. Penglibatan kita hendaklah menyeluruh dan bersepadu.
Kepada yang berminat dan bersedia untuk menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai sukarelawan silalah berhubung dengan Urusetia Sukarelawan YKSNS 06-4810092/06-4810122 atau maayks@gmail.com untuk keterangan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS