PERTEMUAN DENGAN SS DATO MUFTI NS
Tuesday, April 28, 2009
Ahli Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan SS Dato Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang baru dengan tujuan memperkenalkan gerakan dakwah yang didukung secara bersama oleh Pertubuhan Gabungan dengan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Penubuhan Gabungan ini telah diilhamkan pada tahun 2003 dalam Seminar Tertutup Cabaran Gejala Murtad yang diadakan di Melaka. Beberapa pertubuhan yang bergerak di Negeri Sembilan telah digabungkan di atas nama Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan dan dipengerusikan secara bergilir di kalangan ahli-ahli pertubuhan. Kini giliran Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mempengerusikan badan tersebut. Di antara pertubuhan yang bergabung ialah Angkatan Belia Islam Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan, Ikatan Muslimin Malaysia, Jamaah Islah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan, Majlis Madrasah India Muslim Malaysia, Pertubuhan Darus Saadah Negeri Sembilan dan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
Pertemuan dengan SS Dato Mufti telah dijadualkan pada 7hb. Mei 2009 jam 3.00 ptg dan diharapkan semua pimpinan pertubuhan akan hadir sendiri atau menghantar wakil untuk menjayakan pertemuan tersebut.
0 comments:
Post a Comment