Wednesday, May 6, 2009



Hasil penanaman lada fertigasi telah membuahkan hasil. Usaha kami bermula awal bulan Februari 2009 nampaknya telah mengeluarkan hasil. Setiap pokok mengeluarkan cili lebih daripada 15 biji lada. Hasil pertama yang kami kutip berjumlah 22 kg.
Kami menjualnya secara terus di pasar tani dan di kedai-kedai makan berdekatan. Budak-budak ini tak sabar nak tunggu merah, mereka geram apabila tengok sebesar-besar dan segemuk-gemuk cili, tak sempat merah dipetiknya.
Lebihan cili dan cili gred rendah dijadikan bahan mentah untuk menghasilkan jeruk cili. Nampaknya adalah juga aktiviti penghuni asrama YKSNS. Walau bagaimanapun, ada juga masalah lain yang timbul. Pokok cili menghadapi ancaman penyakit daun. Banyak perkara perlu dipelajari dan ini merupakan permulaan yang baik. Sukar juga untuk mendapatkan khidmat nasihat. Pegawai-pegawai pertanian pun melopong juga nak jawab soalan dan permasalahan kami. Namun mereka tetap membantu dengan memberikan baja dan sebagainya. Terima kasih kepada fama di atas kebenaran untuk menjaja cili di pasar tani.

2 comments:

irsham abdullah May 8, 2009 at 10:15 AM  

salam .....masalah ini dapat ditagani sekiranya jarak pokok tidak terlalu dekat..selain itu penanaman fertigasi ini memerlukan penjagaan yg berpanjangan untuk memastikan jangka hayat pokok itu dalam keadaan yg baik dan jauh daripada ancaman perosak dan sebagainya...untuk mendapatkan penjagaan sebegini pehak pegurusan hendaklah menambah tenaga kerja dengan sedikit sebanyak kemahiran yg mereka ada,,kemudian gabungkan dengan pekerja yg sedia ada....insyaallah dengan izin ALLAH semua masaalah ini akan selesai....kerana saya telah lalui keadaan yg sukar untuk membuat pegurusan penanaman fertigasi ini dgn kekurangan dan kelemahan saya sendiri...

Cikgu Nan May 10, 2009 at 1:43 PM  

terima kasih di atas nasihat, insyaAllah akan dituruti.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS