RUMAH KASIH SAYANG

Wednesday, May 6, 2009



Impian YKSNS : merealisasikan pembinaan sebuah rumah kasih sayang
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dalam rangka usaha untuk membeli seunit rumah di No. 1 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk kegunaan aktiviti dan rumah perlindungan sementara untuk saudara baru dan mereka yang memerlukan. Pembelian ini adalah atas nama Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Dengan tujuan itulah, maka kami mengusahakan penganjuran Malam Muzikal Di Sinilah Tertumpahnya Kasih II pada 5hb. Jun 2009 bertempat di Dewan Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Untuk makluman harga rumah berkenaan bernilai RM 290, 000.00. Setakat ini kami telah menjelaskan pembayaran sejumlah RM 40, 000.00 hasil daripada Malam Amal Di Sinilah tertumpahnya Kasih I yang telah diadakan pada tahun lalu. Sekali lagi kami ingin menganjurkan Majlis tersebut untuk tujuan penjanaan Dana Pembelian Aset tersebut. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami jika Yg Bhg Dato/Tuan/Puan bermurah hati untuk menyumbang dengan membeli tiket-tiket Jamuan Makan Malam yang bernilai RM 50.00 atau RM 100.00 untuk membantu merealisasikan wawasan tersebut.
Pembayaran boleh dibuat di atas Nama Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ( Akaun Tabung Aset ) BIMB 050 300 101 35487. Keterangan lanjut bolehlah hubungi Pejabat Urusan Kami: 06-4810092 / 06- 4810012 Faks:- 06 4810 576
Semoga Allah swt membalas jasa baik Yg Bhg Dato/Tuan/Puan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS