Kisah Orang Kematian Isteri

Wednesday, June 24, 2009

Saya ada di sini tapi hati tiada di sini...
Saya sedang bercakap dengan ustaz tapi ingatan saya pada isteri saya...
tak tau lah nak buat apa
buntu lah..

Cakaplah ustaz apa yang patut saya buat...
saya tak tau lah nak buat apa...

Belumpun 24 jam kematian isteri..
ipar duai dah buat mesyuarat...
kalau nak kawin, kami tak kisah...
katanya...


Isteri dah meninggal
dia dah selamat dikebumikan
biarlah kan ustaz...
daripada menderita..
dah selamat...
Alhamdulillah dah selesai...

Cakap ustaz nak buat apa
saya tak tau lah nak buat apa...


keluarga saya pun saya belum bagi tau
kalau mak saya tau tentu dia datang..
kali terakhir dia jumpa isteri saya dah 1 bulan dulu
dia bagi RM300m, abang saya bagi RM 200 kat isteri saya
anak-anak saya tiap2 orang dia bagi RM 50.00

Mak saya kata
biarlah adik beradik ko tak suka ko sebab masuk Islam
tapi ko tetap anak mak..
ada masalah bagi tau...
saya tetap akan ziarah..
biarlah dia orang kata apa, ko tetap anak aku
begitu kata-kata ibunya kali terakhir berjumpa


Saya bagitau ustaz ehh,
datang ke datang ke tak pe la kan..
terpulanglah kan kepada dia
saya tiada sape-sape lah ustaz
saya nak tinggal kat mana yee..
saya bagitau ustaz yer
apa pendapat ustaz..
saya buntulah...


Saya tau lah adat perpatih...
macam nie ke adat perpatih...
betul kan...
saya dah tak de hak lagi duduk situ kan..
tapi anak-anak saya ada hak kan ustaz..
mana saya nak pegi ustaz...
dia orang kata nak ambik anak-anak saya
nak sewa kan umah dan tinggal dengan neneknya
sikit pun tak ajak saya ustaz
saya keseorangan ustaz


Ko duduklah kampung nie
kami tak kisah
Macam mana nie ustaz saya
baru kehilangan isteri, sudah kehilangan anak pula,
betullah kan saya tak boleh jaga anak saya seperti seorang perempuan jaga anak
nanti rosak pula, tak sama ustaz perempuan jaga anak dengan lelaki jaga anak
tapi saya keseorangan ustaz
apa saya nak buat ustaz
tolonglah nasihat..
Bagilah kan demi masa depan anak-anak saya
saya boleh pegi tengok kan
itu tetap anak saya kan..


Macam mana ustaz saya nak tinggal kat umah tu seorang
macam nak gila la ustaz
duduk seorang seorang
nanti mesti teringatkan isteri...


Saya bagilah ustaz ye.. anak-anak saya tu
biarlah dia jaga anak saya..
tolonglah ustaz nasihat kan saya, tak tau apa nak buat....


Ustaz,
saya balik dulu ye..

tiba-tiba jer dia salam, minta diri dan beredar..

Begitulah kisahnya orang kehilangan isteri
( Minggu Pertama )
nantilah kita tunggu pula kisahnya selepas sebulan berlalu....

Mula-mula air mata meleleh,
lepas tu air luir meleleh !!
tak tau saya, agak jer

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS