MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

Thursday, June 18, 2009


Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja Majlis Amal Islami Malaysia Negeri Sembilan
Y Bhg Dato Haji Nakhaie bin Hj Ahmad, Pengerusi MAIM Malaysia, Y Bhg Encik Muhammad Adnan Abdullah Pengerusi Penaja MAIM Negeri Sembilan, AJK: Y Bhg Dato Siti Rahmah Mohd Kasim YDP Perkim, Y Bhg Hj Shamsul Azhar bin Hj Yahya, YDP Abim Negeri Sembilan, Y Bhg Haji Jamil YDP JIM, Y Bhg Ustaz Hazizie YDP ISMA Negeri Sembilan, Y Bhg Haji Zaid bin Kamaruddin, Setiausaha MAIM Negeri Sembilan, Tuan Haji Jaafar bin Muhammad, Ustaz Zainal Said, Pegawai Zakat Negeri Sembilan, Encik Mahadi Pusat Kaunseling MAINS , Y Bhg Wakil Pengerusi MRA, Wakil JIM Ustaz Shamsuri Abdullah




Apabila ada sahaja seruan untuk bersatu, demi agama kita ketepikan sebarang perselisihan dan perbezaan pendapat untuk menyusun barisan demi memperkuatkan dan memperkasakan lagi agama Islam yang dicintai ! . Begitulah perkataan yang keluar seperti telah dirakamkan apabila saya diminta menyampaikan ucapan alu-aluan.


Bertitik tolak daripada itu, kesemua 7 ahli Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Majlis Amal Islami Malaysia Negeri Sembilan yang dengan rasminya diluluskan usul penubuhan pada 18hb. Jun 2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia.


Pertama kali dalam sejarah, kesemua pimpinan Pertubuhan Gabungan hadir. Selain daripada itu, SS Dato Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan juga turut hadir. Wakil-wakil agensi agama lain yang hadir ialah Ustaz Zainal bin Said mewakili Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Encik Mahadi wakil Pusat Kaunseling MAINS juga turut hadir. Jemputan lain yang sempat hadir ialah Tuan Haji Jaafar bin Muhammad, Bekas Pengerusi Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan.


Ucapan Alu-aluan bagi pihak tuan rumah disampaikan oleh Y Bhg Pengerusi Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan diikuti dengan Ucapan Pembukaan oleh Y Bhg Dato Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad, Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia merangkap Pengerusi MAIM.

Mesyuarat ditangguhkan dan selepas sesi bergambar kenangan, hadir dijamu dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh YADIM.
* Gambar lain dalam www.galeriyks.blogspot.com






0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS