Program Bulan Ramadhan 2009

Tuesday, September 1, 2009

Makluman Program Ramadhan

Untuk makluman, di sepanjang bulan Ramadhan, Masjid Tok Muar akan mengadakan Solat Sunat Terawih 10 / 3 dan setakat ini diimamkan secara bergilir-gilir. Terima Kasih kepada mereka yang prihatin dan ingin menyumbang masa bersolat terawih bersama-sama kami.
6hb. Sept 2009 ( Sabtu )
Mesyuarat AL Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad akan diadakan di antara jam 4.00 petang bertempat di Kompleks YKS Tok Muar. Semua ALK diminta melapangkan masa dan menghadiri mesyuarat yang terpaksa ditunda beberapa kali sebelum ini. Majlis Berbuka Puasa juga akan diadakan.
12hb. Sept 2009 ( Sabtu )
Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga YKS di Masjid Tok Muar Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Jemputan adalah terbuka.
Malam Hari Raya dan Pagi Raya
  • Perkampungan D'Ambang Syawal di Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Solat Hari Raya
  • Mereka yang ingin berhari raya bersama-sama warga YKS adalah dialu-alukan. Untuk tujuan penyelarasan diminta memaklumkan kepada Urusetia Program Puan Ajurah binti Ishak : 06-4810092

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS