Syukur alhamdulillah, kita telah mengislamkan seorang saudara baru yang telah memilih nama Muhammad Ahsan Cheow bin Abdullah. Berasal daripada Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya seorang Cina dan ibunya berketurunan India.
Sdra Muhammad Ahsan bekerja di salah sebuah kilang papan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Syahadah telah diterima dan disaksikan oleh Tuan Guru Pondok Bustanul Ariffin, kemudian mandi sunat taubat dan solat sunat taubat telah dipimpin oleh Ustaz Saiful, kemudian telah didaftarkan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.
Berusia 19 tahun dan kini menetap di Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Malam tadi selesai solat Isyak telah diadakan majlis ringkas mengalu-alukan kembalinya beliau ke agama Islam. Kesemua penghuni asrama telah mengucapkan selamat kembali ke keluarga Islam dan memperakukan persaudaraan Islam yang terjalin atas dasar kalimah tauhid. Rasa kasih dan sayang yang terbina disebabkan syahadat yang dilafazkan dengan sebenar-benar hak dan ikhlas mempunyai rasa keakraban luar biasa.
Semoga Allah swt akan mempermudahkan ujian dan cabaran beliau sebagai orang baru dalam dunia perhambaan agama Allah swt.
0 comments:
Post a Comment