Menangani Isu Keciciran Pelajar

Tuesday, November 24, 2009

1. Lanjutan beberapa email berhubung isu keciciran pelajar, masyarakat perlu prihatin mengenai permasalahan ini lebih-lebih lagi apabila ianya dikaitkan dengan akidah.
2. Semua pihak yang begitu ghairah berforum dan berseminar untuk memperkasakan budaya bangsa harus menterjemahkannya melalui tindakan dengan turun padang di kariah masing-masing untuk memastikan setiap seorang yang layak dan patut mendapat pendidikan diberikan hak ini.
3. Pemimpin perlu menggerakkan segala sistem yang ada dalam jentera mereka untuk mendekati akar umbi masyarakat supaya tidak ada sesiapa terlepas pandang dan ternafi haknya untuk mendapatkan pendidikan semata-mata kerana masalah kewangan dan kebajikan.
4. Bukan sahaja anak-anak orang miskin dan tidak berkemampuan (jika ada) tetapi juga anak-anak kurang upaya sama fizikal ataupun mental hendaklah disalurkan untuk mendapatkan bantuan menerusi agensi yang telah diwujudkan oleh kerajaan.
5. Pertubuhan Bukan Kerajaan hendaklah memperbanyakkan program-program 'outreach' untuk melahirkan kesedaran dan mencetus tindakan supaya memastikan berada dalam arus perkembangan semasa.
6. Kita perlu memperbanyakkan program gerakerja turun padang untuk menyampaikan infomasi berhubung dengan kemudahan, bantuan dan sebagainya yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan masyarakat mendapat manfaat.
7. Gerakerja membangunkan masyarakat harus bermula dengan gerakerja pemerkasaan minda melalui ilmu dan praktis. Masyarakat hendaklah diajak untuk mengambil bahagian dalam harus perkembangan semasa. Soalnya ialah sejauhmana sistem penyampaian berfungsi memenuhi matlamat dan sasarannya.
8. Baru semalam ada seorang muda meluahkan perasaanya katanya, orang selalu mengatakan bahawa NGO sangat dekat dengan masyarakat dalam menyelami dan memahami masalah masyarakat tapi belum lagi la ustaz.. kelihatan berkaca-kaca kilauan titisan air matanya menyembunyikan perasaan sebaknya menanggung derita yang hanya dia dan Allah swt sahaja maha mengetahui.
9. Mungkin kita perlu menyemak semula gerakerja, memperbetulkan niat, memperbaiki proses dan banyakkan muhasabah diri. Banyakkan mohon keampunan Allah swt. Memperbaiki diri, memperkemaskan barisan dan menyusun langkah seterusnya berdoa agar Allah swt bersama-sama kita dalam mengilhamkan harapan dan merealisasikan wawasan.
10. Begitu malu untuk menawarkan diri kononnya untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat. Manakala diri ini pun terkapai-kapai dan terkial-kial untuk memperbaiki dan memperbetulkan diri, mana mungkin mampu menyelesaikan masalah manusia tanpa kehadiranMu Ya ALlah...
11. Kita mengimpikan proses ke arah pembinaan sebuah masyarakat yang berkasih sayang...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS