Masjid Tok Muar

Friday, December 4, 2009

Masjid Tok Muar yang digunakan sebagai Pusat Bimbingan Saudara Baru di Kuala Pilah perlu diperbaiki. Selain daripada pembaikpulihan, masjid ini juga perlu dilengkapi dengan kemudahan mengambil wudu' lelaki dan perempuan yang berasingan. Keadaan cuaca akhir-akhir ini mengganggu keselesaan untuk beribadat dan menjalankan kelas-kelas pengajian. Masjid juga sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, litar pintas akibat kebocoran atap. Dinding masjid juga mengalami kerosakan dan dimakan anai-anai.

Kedudukan masjid yang menjadi seolah-olah sebuah pulau disebabkan tindakan pemaju perumahan menimbus kolam-kolam ikan di sekeliling masjid menyebabkan tebing masjid kemungkinan akan runtuh. Poly paip dalam tanah yang menyalurkan air ke masjid turut pecah membuktikan pergerakan tanah di tebing masjid yang kemungkinan jika tidak diperbaiki akan membawa keruntuhan kepada bangunan tandas dan tempat wudu sedia ada.


Saya memohon jasa baik sesiapa sahaja untuk membantu kami menanggung kos baik pulih masjid tertua di Kuala Pilah itu. Segala sumbangan untuk tujuan tersebut boleh disalurkan ke YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN.


Kemudahan lain yang diperlukan ialah bantuan baikpulih atap masjid, dinding masjid, saluran air, tempat mengambil wudu' stor, kipas dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat kami.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS