Anak

Tuesday, February 16, 2010

1. Anak adalah hasil dan manifestasi kasih sayang daripada sebuah perkahwinan yang direstui agama. Kelahiran anak merupakan berita gembira yang ditunggu-tunggu bukan sahaja pasangan suami isteri tetapi juga mereka yang mempunyai hubungan signifikan seperti datuk nenek, ibu mertua, ayah mertua, ipar duai dan seluruh keturunan mereka.

2. Kelahiran anak adalah penyambung kepada keturunan, generasi sesuatu bangsa, sesuatu kaum, sesuatu puak, sesuatu keturunan sebagai pewaris agar tidak pupus makhluk bernama manusia di muka bumi ini.

3. Kasih Sayang adalah unsur yang hidup malah ianya suci dan murni apabila disandarkan dan dilaksanakan mengikut tuntutan agama. Tidaklah dinamakan kasih sayang apabila ianya disandarkan untuk memenuhi selera nafsu serakah manusia kerana anak yang lahir sebagai manifestasi paduan kasih asmara itu mencetuskan keaiban pada diri, keluarga, agama dan masyarakat. Kelahiran anak yang sepatutnya meningkatkan martabat perempuan sebagai ibu dan martabat lelaki sebagai ayah bertukar menjadi keaiban yang mendorong untuk dirahsiakan, dimusnahkan, tidak diperakukan dan lebih menggerunkan lagi apabila dibakar atau dibunuh atau dibuang dalam tong sampah, longkang, parit, perigi, sungai dan sebagainya. Ada yang dibiarkan di masjid-masjid, di tepi kuburan dijumpai dalam keadaan dikerumuni semut kerengga. Mendengar sahaja cerita-cerita ini pun hati menjadi pilu apalagi kalau berkesempatan melihatnya - mungkin tidak sanggup!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS