Melakukan Kerja Sepenuh Hati
Tuesday, February 9, 2010
1. Memikul tanggungjawab dengan penuh akauntibiliti, kesedaran untuk melibatkan diri dalam profesion menolong ( Helping Profession ) hendaklah lahir daripada kefahaman yang tinggi dan sepenuh hati.
2. Apabila kita mengambil keputusan membentuk perhubungan menolong, kita hendaklah memperjelaskan kepada diri kita berhubung dengan 4 perkara.
2.1. Kewajaran untuk terlibat dalam urusan orang lain;
2.2. Tanggungjawab, komitmen dan risiko yang bakal terbentuk akibat daripada keputusan kita untuk melibatkan diri dalam perhubungan menolong;
2.3. Peranan kita dalam perhubungan tersebut dan peranan orang yang ditolong;
2.4. Limitasi kita dalam mencapai perkara-perkara yang terlibat dalam kerangka sasaran gerakerja pertolongan tersebut.
3. Dalam menstruktur hubungan tersebut, kita hendaklah mengambil kira kesemua 4 perkara tersebut supaya usaha kita tidak memberikan hasil negatif. Perkara-perkara ini hendaklah dilihat daripada dimensi isu etika agar kita dapat merealisasikan perhubungan menolong yang profesional.
4. Sungguhpun kita menaruh harapan dan keyakinan bahawa usaha kita adalah usaha untuk agama namun persoalan-persoalan etika, ketrampilan, teknik dan prosedur hendaklah difahami dengan jelas dan dipatuhi.
5. Perhubungan Menolong juga tidak boleh menafikan hak dan kebolehan individu berkenaan. Setiap individu hendaklah dilihat mempunyai sumber-sumber dalaman untuk mengenal pasti diri dan mampu membentuk perubahan bagi mencapai matlamat dan kehendak mereka. Kita hendaklah berusaha untuk mencetuskan suatu suasana kerja sebagai pemangkin aset dalam yang sedia ada di kalangan individu yang memerlukan pertolongan. Sudah tentu perkara-perkara ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kebergantungan indvidu dan menggalakkan berdikari.
6. Tugas untuk menyara hidup adalah tugas hakiki peribadi. Tugas ini tidak boleh diserahkan atau dipindahkan kepada orang lain. Kita tidak boleh menyerahkan tugas dan bebanan menyediakan keperluan diri kita kepada orang lain atas apa sebab sekalipun. Selagi kita mempunyai kemampuan akal fikiran dan fizikal yang sihat kita perlu mencabar diri kita untuk bekerja. Bekerja atas kebolehan dan kemahiran yang kita miliki namun mengharapkan pertolongan semata-mata bukan jati diri umat Islam.
7. Saya sering kali berfikir untuk melepaskan diri daripada belenggu ekonomi. Saya sering kali berfikir untuk melakukan perubahan namun setakat ini Allah swt masih belum meredhai kesemua usaha tersebut. Namun kita tidak harus berputus asa atas rahmat Tuhan. Saya yakin dan percaya bahawa walaupun pahit dan pilu mengenang kegagalan namun itu adalah ujian daripada Pencipta kita untuk menilai tahap keyakinan diri kita.
8. Kita perlu terbuka untuk menerima kritikan. Kita mesti bersedia memberi dan menerima penjelasan. Kekeliruan tidak boleh memutuskan hubungan hati sesama muslim. Kalau kita rasa kita betul, sudah tentu orang lain pun rasa mereka juga betul. Namun berhenti sejenak untuk memahami situasi sesuatu perkara supaya kita berusaha memahami cabaran dan ujian orang lain di samping beban ujian kita. Kalau kita hanya memikirkan ujian atas kita, ingat ada lagi orang yang lebih susah lagi di luar sana....
0 comments:
Post a Comment