Semarakkan Kecintaan Kepada Rasulullah saw

Friday, February 12, 2010

1. Sambutan Maulud Nabi saw akan diadakan pada 26 Feb 2010 dengan acara perarakan bermula daripada Padang Majlis Perbandaran Seremban. Dijangka dalam majlis semarakkan kecintaan kepada Rasulullah saw bakal menghimpunkan ribuan umat Islam daripada seluruh Negeri Sembilan demi memperlihatkan semarak kasih akan baginda Rasul Junjungan Nabi Muhammad saw.

2. Lanjutan itu, acara-acara sambutan sedemikian rupa akan juga diadakan diseluruh Negeri Sembilan terutama di masjid-masjid, surau-surau dan sekolah ataupun pejabat. Sudah tentu badan pertubuhan NGO mahupun orang-orang perseorangan akan mengambil peluang untuk dengan mengadakan majlis maulud dan ceramah demi memperingati sirah perjuangan Nabi kita.

3. YKSNS jua ingin merebut peluang ini untuk mengadakan sambutan sedemikian dengan pelbagai acara seperti berikut: Antara acara tersebut ialah


9.00 pagi
Pertandingan Nasyid
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Melukis

Acara tersebut di atas terbuka kepada semua pihak. Dialu-alukan untuk menghubungi penganjur bagi mendapatkan maklumat lanjut

Solat Zohor

3.00 petang
Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital KPJ

Solat Asar

Bacaan Selawat Pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh

Solat Maghrib

Ceramah Khas

Yg Bhg Al Fadhil Ustaz Zaidi bin Haji Ramli

Solat Isyak

Ucapan Presiden
Ucapan dan Penyampaian Hadiah
Yg Berhormat Dato Haji Ismail bin Lasim
Ahli Dewan Undang Negeri Kawasan Senaling

Jamuan Makan Malam
Bersurai

Kesemua acara tersebut akan diadakan di Kompleks YKS Tok Muar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kehadiran dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS