YKSNS FAMILY DINNER 2010

Saturday, March 20, 2010

1. YKSNS Family Dinner 2010 akan diadakan pada 27 Mac 2010 bertempat Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program Makan Malam Keluarga YKSNS 2010 ini adalah acara bulanan. Program ini bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan tali persaudaraan di antara ahli, sukarelawan dan keluarga mereka. Selain daripada acara kemuncak yakni Makan Malam, kesempatan ini juga akan digunakan untuk mengadakan Hari Ulangtahun Kelahiran Ahli, Sukarelawan dan Saudara Baru. Selain daripada itu, kesempatan program ini juga akan digunakan untuk meraikan pencapaian cemerlang ahli keluarga YKSNS ataupun anak-anak mereka dalam peperiksaan awam, Hari Ulangtahun Perkahwinan, Hari Penghargaan dan Pengikhtirafan Sumbangan dan Pencapaian wargayks.

2. Program Makan Malam Bulanan ini akan melibatkan ahli YKSNS, Sukarelawan YKSNS, Rakan Kerja Sukarela YKSNS dan ahli keluarga mereka. Perjumpaan ini juga akan melibatkan persembahan, ucapan dan pernyataan hati ke hati daripada sesiapa sahaja untuk menyampaikan ucapan demi melahirkan dan membina kebanggaan ' proud ' to be in muslim family sungguhpun berasal daripada pelbagai lapisan dan latar belakang keluarga dan budaya.

3. Kehadiran ke Program ini bukanlah satu kewajipan atau tuntutan tetapi kehadiran adalah atas dasar sukarela dan prihatin demi menyatakan semangat kekitaan dan rasa bersama. Kalaupun kita tidak bersempatan pada bulan ini, kita masih berkesempatan pada bulan hadapan sementara masih bernyawa.

4. Selama berjumpa dan bertukar-tukar pendapat seterusnya memperolehi maklumat susulan mengenai aktiviti YKSNS akan merapatkan jurang dan mencairkan prasangka. Memandangkan tugas sukarelawan YKSNS pada tahap yang mencabar dan rata-rata wargayks memperuntukkan sejumlah waktu yang besar kepada YKSNS maka kehadiran dan penglibatan ahli keluarga mereka dalam majlis seperti ini akan meningkatkan kefahaman dan berkongsi perasaan atas kejayaan ahli keluarga mereka.

5. Sekali gus program ini akan memberi pendedahan kepada ahli keluarga yksns ataupun sesiapa sahaja untuk mendapat gambaran mengenai aktiviti YKSNS seterus membina rapport yang positif.

6. Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Bukhari bin Safian di atas kesungguhan dan ketekunan beliau dalam memastikan kelancaran dan perjalanan program YKSNS.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS