KEM MOTIVASI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Friday, April 2, 2010

Kem Motivasi Pembangunan Modal Insan dan YKSNS Paint Ball Jungle Park insya Allah akan beroperasi bermula daripada 1 April 2010. Segala maklumat untuk menggunakan kemudahan tersebut boleh diperolehi daripada blog berkaitan.

Kem ini akan mengadakan aktiviti 3 Hari 2 Malam dengan aktiviti dan program pembangunan modal insan dan disulam dengan aktiviti kelompok dinamik Paint Ball. Agensi Kerajaan, swasta, persatuan-persatuan dan badan bukan kerajaan dijemput untuk menggunakan kemudahan tersebut sebagai aktiviti retreat organisasi masing-masing.

YKSNS sendiri pun akan menganjurkan Program Pembangunan Modal Insan terutama melibatkan remaja dalam tempoh tersebut. Program-program ini akan dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai aktiviti remaja belia di Negeri Sembilan. Diharapkan program kem ini bakal membina hubungan baik dengan remaja belia sekali gus menyediakan aktiviti alternatif untuk mengisi masa mereka dengan program yang lebih berfaedah.

Hubungi pengurusan kem tersebut untuk maklumat lanjut. Kerjasama dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

www.ykspbjunglepark.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS