Kehancuran Bermula...
Thursday, May 27, 2010
Bermula kehancuran apabila hati tidak sepakat, Celik akal lama dah ada
Tapi hati masih tak celik-celik lagi, Tiada muafakat dalam tindakan dan kata-kata
Merasa hebat diri juga masalah, Merasa hina diri juga masalah
Merasa sederhana tidak tahu pula timbang taranya
Dapatkan restu dalam tindakan, Tanpa restu tiada erti perjuangan
Lebih baik bertangguh daripada tidak menjadi, Daripada tergesa-gesa biar berhati-hati
Jagalah tutur bicara, Jagalah tingkah laku dan mimik muka
Bahasa badan ada seribu makna, Lebih tepat daripada tutur bicara
Apa yang ada dalam hati, terbit pada wajah diri
jika cuka tetap cuka, jika madu tetap madu
Terbit matahari, terbit sinar dalam diri
Tenggelam matarhari, sinarlah rang bulan
Keindahan pada keduanya
punyai erti tersendiri dalam kehidupan
Namun matahari dan bulan bukanlah pesaing
Mereka bersama tunduk patuh pada perintah
Tiada leka walau sesaat
Mereka dengar, Mereka Patuh,
Bukan Mereka dengar tetapi mereka tidak patuh !!
20 tahun berlalu
menghimpun sejarah
suka duka manis pahit kehidupan
prinsip tetap dipegang
Sahabat, kawan, musuh
silih berganti demi pergantian malam dan siang
Yang datang tetap datang, yang pergi tetap akan pergi
hidup mesti diteruskan jua hingga ke saat ketetapanNya
Menikmati setiap detik kehidupan
Menikmati susah senang, suka duka, riang tawa, tangis sedu
pelbagai rencam kehidupan yang membahagiakan
Tiada makna kesenangan apabila tiada erti kesusahan,
Nilai tawa tiada bandingan apabila tangis sedu bukan gandingan
Bermulalah pelajaran dalam kembara hidup ini
Menuju yang pasti hanyalah MATI...
Apa yang ditinggalkan hanyalah nama, budi dan bekas
bekas-bekas kehidupan biarlah yang bermakna dan berguna
asal generasi mendapat manfaat dan bahagia
tiada erti hidup ini kalau tiada sumbangan kepada agama
tiada makna detik jantung ini kalau tidak mengabdi kepada Tuhanku
Kesempurnaan di luar kotak fikiranku
1 comments:
bukan bermulanya kehancuran tapi bermulanya pengenalan.
Jagalah silaturahim dgn kasih sayang dan mesra serta bijaksana.
yg pergi akan kembali
yg lupa akan ingat
yg degil akan patuh
yg leka akan fokus
kerana perjuanganya menjanjikan kasih sayang yg tidak khianat.tak boleh di beli atau di ganti.
MENUNYA
BERILAH MEREKA RASA,
APA ITU KASIH SAYANG!
BAHANYA
1`PENGORBANAN
2 PERHATIAN
3 MASA
4 JGN PENTING DIRI
5 BERI RUANG PD MEREKA JUGA DIRI SENDIRI
Post a Comment