Pengalaman Hidup Universiti Kehidupan

Friday, July 16, 2010

  1. Berkesempatan mengimbas kembali skrip kehidupan peribadi diri sendiri untuk melihat arus dan arah tuju kehidupan membuka peluang untuk meletakkan diri dalam kenangan lama. Sudah tentu dalam rentetan kehidupan masa silam, kita mempunyai suka duka kehidupan. Pelbagai rencam kehidupan yang dikutip sejak lahir, dalam alam persekolahan sekolah rendah, seterusnya sekolah menengah, masa-masa menganggur, sewaktu terlibat dalam dunia kepengakapan, dunia pekerjaan, alam perniagaan, alam kesukarelawanan yang kini membentuk peribadi dan personaliti sendiri. 
  2. Dalam membicarakan timbunan pengalaman sehingga menjadi seperti seadanya kini, perkara penting untuk dinikmati ialah proses-proses yang dilalui untuk menjadikan diri ini seperti kini. 
  3. Dari muda hingga dewasa, dari dewasa ke tua, dari alam roh ke alam rahim, alam rahim datang ke alam dunia, menunggu hampirnya detik waktu menuju alam kubur, kemudian beriman dengan adanya Padang Mahsyar, Titian Sirat, Hari Pengadilan, Syurga dan Neraka. Plot-plot kehidupan yang membentuk sejarah dan kenangan, membentuk suka duka, pahit maung seterusnya menjadi hitam putih kehidupan. 
  4. Seni tari kehidupan lebih mematangkan diri kita. Melalui seni tari kehidupan kita boleh belajar mengenal kendiri. Nilai junjungan diri terbentuk melalui pendidikan dan asuhan ibu bapa, selanjutnya persekitaran rakan sebaya, persekitaran budaya dan adat resam, melalui pembelajaran dan pengamatan, melalui kaedah reasoning terhadap sesuatu perkara yang dianggap logik. Akhirnya terdedah kepada pengalaman kehidupan menuju akhirat sehingga menjadi diri ini imposible thinker. 
  5. Lahir dalam keluarga Hindu, membesar dalam suasana dan kebudayaan tamil yang tipikal. Tapi keluarga yang berpegang kuat kepada resam kehidupan dan budaya India dan meminati kehidupan keluarga besar. Datuk sebagai ketua keluarga mengimpikan keluarga besar. Beliau mahu seluruh anak-anaknya duduk dan tinggal dalam sebuah rumah besar termasuk menantu-menantunya. Namun impian tidak menjadi kenyataan. 
bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS