PERKAMPUNGAN SYAWAL 1431H

Wednesday, August 11, 2010

Pada tahun ini merupakan kali ke 4, YKSNS mengadakan Perkampungan Syawal khas untuk saudara-saudara kita meraikan Hari Lembaran bersama-sama mereka yang seangkatan. Kebiasaannya program ini akan dihadiri oleh saudara-saudara baru sama ada secara individu ataupun berkeluarga. YKSNS menjadi 'kampung' untuk mereka yang tiada kesempatan untuk beraya dengan kaum keluarga disebabkan perbezaan agama.

Pada tahun lalu, seramai 110 telah mengambil bahagian dalam program berkenaan yang bermula petang hari terakhir Ramadhan. Program yang berkonsepkan 'balik kampung' ini bakal menyaksikan saudara-saudara kita menyediakan kuih muih dan juadah berhari raya secara bergotong royong. Mereka akan merasai suasana bertakbir, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Sudah tentu kanak-kanak adalah kumpulan yang paling gembira dalam menyambut suasana Hari Raya. Namun adanya program perkampungan saudara kita di ambang syawal tentunya meninggalkan kesan signifikan dalam diri saudara kita bahawa mereka tidak keseorangan malah mereka mempunyai sebuah keluarga yang besar daripada pelbagai kaum, keturunan dan bangsa tetapi mempunyai 1 akidah. Perkampungan Syawal Saudara Kita 1431H menyaksikan budaya 1 Malaysia 1 Akidah berkumpul bersama-sama meraikan hari bahagia hari mulia kemenangan umat Islam melalui bulan Ramadhan dengan jayanya.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh menghubungi talian 06-4810 122 atau 06 4810092 atau maayks@gmail.com untuk mendapatkan keterangan lanjut. Memandangkan penyertaan adalah terhad adalah dialu-alukan untuk mendaftar segera.

Kami juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan turut bersama kami meraikan Malam 1 Syawal bersama rakyat 1 Malaysia dengan 1 akidah mentauhidkan Allah swt yang Maha Esa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS