Persepsi

Saturday, August 21, 2010

Setiap daripada kita mempunyai dimensi dan persepsi pandangan yang pelbagai. Kepelbagaian pandangan manusia ini menjadi kita antara makhluk paling unik di muka bumi ini. Perbezaan yang amat ketara merupakan suatu kajian dalam ilmu psikologi. Ilmu psikologi melihat keunikan perbezaan di antara individu sementara ahli sosiologi melihat persamaan antara manusia.

Jika kita ingin memperkatakan dan menghurai perbezaan dan keunikan antara kita nescaya tidak akan habis sampai bila-bila. Manusia boleh berbalah, bertengkar dan berdebat tak habis-habis hingga ke akhir hayat dan hingga ke hari kiamat. Jika dituruti hati nescaya setiap orang akan mengatakan bahawa apa yang dia fikir dan perkatakan adalah betul dan benar belaka.

Kita hendaklah meninggalkan perbalahan ini lalu menumpukan pemikiran kita untuk mendengar dengan hati apa yang diperkatakan orang. Tidak mungkin kita boleh menjadi manusia yang disenangi dan disukai oleh semua orang. Mungkin ada yang menyukai kita dan ada pula yang membenci kita. Mungkin ada yang senang dengan gaya kita dan mungkin ada yang benci dengan gaya kita. Alangkan suami isteri yang saling bercinta pun adakala timbul perasaan benci pada sesuatu perkara.

Soalnya saudara-saudara, ingatlah kita hanya benci kepada sikap dan perbuatan tertentu dan bukan kepada manusia itu keseluruhannya. Kita sayangkan individu, tapi yang kita benci atau marah mahupun tegur ialah sikap atau sesuatu perbuatan. Apabila kita melihat ada masalah kita perlu tegur dengan ikhlas. Terima lah teguran dan janganlah putar belit mengikut citarasa sendiri lalu menjadikan orang yang menegur kita sebagai musuh. Seseorang itu menegur tingkah laku dan tindak tanduk kita adalah kerana dia menyayangi kita. Bukan untuk melihat kecacatan dan tidak membela tetapi kerana ingin memperbetulkan anggapan ataupun tanggapan.

Manusia cenderung untuk memutarbelitkan keadaan dan isu untuk menutup kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Tidak terkecuali sesiapa, setiap daripada kita mempunyai mekanisme bela diri ataupun helah bela diri untuk menyelamat diri daripada kecederaan emosi yang dialami.

1 comments:

Anonymous,  September 24, 2010 at 9:16 AM  

Untuk Makluman: Blog ini tidak lagi dapat diupdate disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam dan mengambil alih kata laluannya. Sila layari blogspt baru YKSNS : www.yksnegerisembilan.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS