Selamat Menyambut Ramadhan 1431 H

Monday, August 9, 2010

Ramadhan muncul lagi...
Semoga kita mendapat manfaat dengan kedatangan Ramadhan kali ini..
Perkemaskan diri untuk menghadapinya
Siangnya berpuasa
Malamnya berterawih
Bersahurnya sebelum imsak
Dihiasi dengan bacaan Al Quran, Zikr, Selawat dan sedekah
Bersedekah memberi makan orang berpuasa
untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah swt

Ramadhan
penuh harapan, bulan pengampunan, bulan rahmat, bulan kemenangan bagi yang bertaqwa
Semoga Ramadhan singgah bersama kita dari awal melepasi pertengahan hingga ke akhirnya

Alam sudah bersedia menghadapi Ramadhan
Marilah kita persiapkan diri

Warga yks mengucapkan Selamat Beribadah di bulan Ramadhan al mubarak

Sambutan Ramadhan di Masjid Tok Muar

Bersahur
Tadarus
Berbuka Puasa
Terawih
Qiam

Jemput ramai-ramai
Kami sediakan juadah berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadhan

Read more...

Sempena Program Doa Selamat dan Kesyukuran

Monday, July 26, 2010

Read more...

PENYUMBANG TABUNG ASET 2010

Saturday, July 24, 2010

Bahawasanya diperakukan senarai nama di bawah telah membuat sumbangan kepada Tabung Aset YKSNS dan didaftarkan. Nilai sebenar 1 kaki persegi termasuk kos pembangunan ialah RM 143.85


1. MOHAMAD ROSLY BIN DARASID(1)                               
2. MOHD SALLEH BIN ISMAIL(1)                                
3. HANA HANURYANA BINTI MD JANI(1)                
4. HAMBA ALLAH DARI GIANT AMPANGAN(1)      
5. SALBIAH BINTI SAWAL(1)                                         
6. HUSNAL AZ HARI BIN SANUSI(5)                           
7. WAN NORIZAN BINTI MOHDHASHIM(5)  
8. ZUHAIRI BIN MOHD NOPIAH(1)   
9. ROZMAL MALAKAN(1)
10. HAMBA ALLAH(1)
11. DR. KHAIRUL AZWAN(3)
12. MANIMARAN(1)  
13. NOR AISYAH YUE BINTI ABDULLAH(1)   
14. SUZILA BINTI SAID(1)
15. CIKGU KAMARULZAMAN (JIM RAWANG)  
16. TUAN HAJI NORAZAMIR HAJI ALIAS(3)
17. HAJAH NOOR FADILLAH BINTI HAJI MOHD YASIN(5)
18. TUAN HAJI JAAFAR BIN MUHAMMAD(1)
19. IMPIAN NORA MARKETING(1)
20. SHAMSIAH BINTI YUSOF(1)
21. PERSATUAN KEBAJIKAN KKTGN SEK KEB T KURSHIAH KP (1)
22. CIKGU MIZAN(1)
23. TUAN HAJI SAFIAN BIN HAJI ADAM (8)
24. CIK ARBAIYAH  BINTI KASIM(3)
25. YKSNS INSPIRATION(1)
26. MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH(1)


SUMBANGAN INDIVIDU

1. SURYATI BINTI SHAMSUL ( RM115.00)
2. WAN HASEMAH BINTI WAN AB KADIR (RM100)
3. TUAN HAJI NOR AZAMIR BIN HAJI ALIAS(RM68.45)
4. ARBAIYAH BINTI KASIM (RM18.45)
5. YKSNS PAINTBALL JUNGLE PARK( RM120.00)
6. STAF YKSNS( RM105.60)
7. KAMARULRIZAN BIN ABDUL KARIM(RM300.00)
8. DR KHAIRUL AZWAN(RM18.45)


24 JULAI 2010

Jumlah Lot Kaki Persegi          : RM 5466.30
Jumlah Sumbangan                   : RM   827.50  
Jumlah Keseluruhan                 : RM 6293.80
Jumlah Kaki Persegi                     :  38 kaki persegi

Jawatankuasa Tabung Aset mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tersebut dan selanjutnya memanjatkan kesyukuran dan doa semoga senantiasa berada dalam limpahan keberkatan dan rahmat Allah swt. Kami berharap lebih ramai insan prihatin akan turut terlibat dalam membantu menjayakan impian pembelian.

Jika ada pihak ingin menjadi penyumbang Tabung Aset adalah dialu-alukan menghubungi talian 06-4810092 atau email kepada maayks@gmail.com. Yg Bhg Dato/Tuan/Puan juga boleh turut menyumbang melalui pindahan wang/bank in/cek ke akaun:-

Nama Bank:-

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA PILAH

Nama Akaun:-

YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN

No. Akaun:-

05030010135487 


Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan





Read more...

MALAM NUR INSPIRASI

Friday, July 23, 2010

Kami berbesar hati untuk menjemput tuan/puan untuk menghadiri Malam Nur Inspirasi 2010 yang akan diadakan pada 24 Julai 2010 jam 8.00 malam bertempat di Kompleks Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program malam ini bertujuan untuk meraikan penyumbang-penyumbang Tabung Aset demi memastikan usaha untuk membeli rumah perlindungan di Kompleks YKS Tok Muar menjadi kenyataan.


Program ini terbuka untuk semua orang sama ada sudah menyumbang ataupun belum mahupun hanya berminat untuk mengikuti sahaja. Kerjasama dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

Read more...

Pengalaman Hidup Universiti Kehidupan

Friday, July 16, 2010

  1. Berkesempatan mengimbas kembali skrip kehidupan peribadi diri sendiri untuk melihat arus dan arah tuju kehidupan membuka peluang untuk meletakkan diri dalam kenangan lama. Sudah tentu dalam rentetan kehidupan masa silam, kita mempunyai suka duka kehidupan. Pelbagai rencam kehidupan yang dikutip sejak lahir, dalam alam persekolahan sekolah rendah, seterusnya sekolah menengah, masa-masa menganggur, sewaktu terlibat dalam dunia kepengakapan, dunia pekerjaan, alam perniagaan, alam kesukarelawanan yang kini membentuk peribadi dan personaliti sendiri. 
  2. Dalam membicarakan timbunan pengalaman sehingga menjadi seperti seadanya kini, perkara penting untuk dinikmati ialah proses-proses yang dilalui untuk menjadikan diri ini seperti kini. 
  3. Dari muda hingga dewasa, dari dewasa ke tua, dari alam roh ke alam rahim, alam rahim datang ke alam dunia, menunggu hampirnya detik waktu menuju alam kubur, kemudian beriman dengan adanya Padang Mahsyar, Titian Sirat, Hari Pengadilan, Syurga dan Neraka. Plot-plot kehidupan yang membentuk sejarah dan kenangan, membentuk suka duka, pahit maung seterusnya menjadi hitam putih kehidupan. 
  4. Seni tari kehidupan lebih mematangkan diri kita. Melalui seni tari kehidupan kita boleh belajar mengenal kendiri. Nilai junjungan diri terbentuk melalui pendidikan dan asuhan ibu bapa, selanjutnya persekitaran rakan sebaya, persekitaran budaya dan adat resam, melalui pembelajaran dan pengamatan, melalui kaedah reasoning terhadap sesuatu perkara yang dianggap logik. Akhirnya terdedah kepada pengalaman kehidupan menuju akhirat sehingga menjadi diri ini imposible thinker. 
  5. Lahir dalam keluarga Hindu, membesar dalam suasana dan kebudayaan tamil yang tipikal. Tapi keluarga yang berpegang kuat kepada resam kehidupan dan budaya India dan meminati kehidupan keluarga besar. Datuk sebagai ketua keluarga mengimpikan keluarga besar. Beliau mahu seluruh anak-anaknya duduk dan tinggal dalam sebuah rumah besar termasuk menantu-menantunya. Namun impian tidak menjadi kenyataan. 
bersambung...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS