Showing posts with label Tugas Mengurus Manusia. Show all posts
Showing posts with label Tugas Mengurus Manusia. Show all posts

Tugas Mengurus Manusia

Friday, September 25, 2009

  1. Tugas Mengurus Manusia merupakan tugas yang berat malahan adakalanya mencabar kesabaran dan boleh menjejaskan kewibawaan. Untuk mengurus pokok, tanaman ataupun mesin mungkin mudah. Peralatan ini tidak mempunyai perasaan dan akal untuk berfikir dan bertindak. Manusia adalah insan sempurna yang dilengkapi dengan pelbagai komponen seperti afektik( perasaan ), kognitif ( akal ) dan fizikal ( tubuh badan ) yang mampu merancang dan bertindak balas. Mereka juga mempunyai perwatakan, tabiat yang diwarisi secara genetik juga secara didikan formal dan informal.
  2. Umum diterima pakai bahawa manusia bila kala lahir adalah insan yang suci bersih bagaikan kain putih. Fungsi ibu bapa sebagai guru pertama yang secara langsung mempunyai kesan kepada anak-anak Ibu bapa dan gaya keibubapaan mereka bertanggungjawab untuk mencorak, membangun dan membina minda anak-anak mereka. Peringkat micro sistem ini amat penting dan mempunyai kesan jangka panjang yang begitu signifikan dalam perkembangan jati diri anak-anak untuk bertarung di peringkat lingkungan sosial yang lebih besar lagi.
  3. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang bercerai berai, kurang perhatian dan kasih sayang akan terjejas secara afektif dan kognitif akan mempunyai perasaan tidak puas hati di jauh sudut hati mereka yang sering kali muncul sebagai suara-suara ketidakpuasan yang menyakitkan. Terjahan suara-suara yang menyakitkan ini akan mendorong mangsa untuk bertindak melakukan sesuatu sebagai percubaan melarikan diri daripada terjahan suara yang menyakitkan. Tindakan-tindakan yang bakal dilakukan adalah lahir daripada kesan langsung yang amat menyakitkan dalam perkembangan psikologi seseorang kanak-kanak. Terdapat juga kanak-kanak yang berjaya mengatasi masalah ini pada peringkat meso sistem. Hubungan yang baik dengan sekolah, tadika dan sebagainya. Mereka ini agak bernasib baik kerana dapat menukarkan kekurangan di peringkat mikro sistem. Namun ramai ibu bapa banyak menyerahkan tugas mendidik dan membangunkan minda dan hati anak-anak mereka kepada orang gaji. Pada peringkat yang mana perlu hubungan akrab antara ibu bapa dengan anak-anak tugas ini diserahkan secara buta tuli kepada orang gaji. Terdapat pelbagai alasan yang diberikan untuk merasionalkan perkara ini. Namun bersedialah untuk membayar harganya dengan air mata pada hari tua nanti.
  4. Pada peringkat umur bayi hinggalah 12 tahun ibu bapa mempunyai kuasa mutlak untuk mencorakkan anak-anak mereka, manakala di antara usia 12 hingga 15, ibu bapa hendaklah bertindak sebagai pembimbing dan selepas itu peranan ibu bapa hanya sebagai pemudah cara dan banyak memainkan peranan seperti kawan-kawan kepada anak-anak mereka. ( insya allah bersambung )

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS