MAJLIS MALAM AMAL YKS 2008

Sunday, June 1, 2008

YKSNS akan menganjurkan Majlis Malam Amal YKS 2008. Program tersebut dijangka akan diadakan pada 21hb. Jun 2008 di Dewan Majlis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tujuan majlis tersebut adalah untuk mengisi Tabung Aset YKS yang bertujuan untuk membeli sebuah Rumah Perlindungan dan kegunaan aktiviti YKS. Aktiviti Majlis Malam Amal ialah Ceramah Perdana oleh Ustaz Haji Muhammad Farid Ravi bin Abdullah yang juga merupakan salah seorang Penasihat Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
Untuk makluman tuan/puan, YKSNS ditubuhkan pada tahun 2003 dan beribupejabat di No. 22A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Di antara aktiviti YKS ialah penjagaan kebajikan saudara baru, rumah perlindungan untuk saudara baru dan anak-anak yatim, penjagaan kebajikan dan pembelajaran melibatkan anak-anak saudara baru yang diabaikan oleh keluarga. Selain daripada itu, YKS juga menganjurkan pelbagai aktiviti ekonomi seperti melatih ibu-ibu tunggal ataupun golongan asnaf dengan kemahiran jahitan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS