KURSUS BUN DAN DONUT

Sunday, June 1, 2008

Unit Wanita YKS akan menganjurkan Kursus Bun dan Donut pada 4hb. Jun 2008 di Pekarangan Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kursus tersebut akan dikendalikan oleh Chef Farid Alwi. Mereka yang berminat boleh menghubungi Talian 06-4810092/4810122 untuk pendaftaran. Tempat Terhad. Sila rebut peluang keemasan ini. Daftarlah untuk dipertimbangkan bagi mengikut sesi yang seterusnya.
Program akan bermula dengan Ceramah Motivasi yang akan disampaikan oleh Pegawai Kerja Sosial, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil akan disempurnakan oleh Yg Bhg. Ustaz Kamal Amran bin Kamaruddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS