SUKARELAWAN DIPERLUKAN....

Sunday, June 1, 2008

Sudikah anda untuk membahagikan masa emas anda bersama-sama insan yang memerlukannya. Kami memerlukan individu yang berminat dengan kerja-kerja kesukarelawanan terutama melibatkan penghuni Rumah Orang Tua, pesakit-pesakit tanpa waris yang terlantar di hospital, membantu mengurus saudara baru berhubung dengan pengajian agama dan soal kebajikan mereka.
Jika anda prihatin untuk membantu individu yang memerlukan perhatian, daftarlah sebagai Sukarelawan YKS dengan menghubungi talian 06-4810092 / 06-4810122. Anda akan diberikan latihan dan kursus sebelum ditugaskan di beberapa tempat yang memerlukan perkhidmatan anda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS