KEMBALI KEPADA ISLAM
Sunday, January 25, 2009
Marilah kita kembali kepada Islam. Islam adalah agama yang benar dan diredhai. Marilah kita berdoa agar TUHAN memberi petunjuk taufik dan hidayah kepada kita untuk melihat akan kebenaran Islam.
Marilah kita meletakkan TUHAN sebagai sumber kehidupan. Marilah kita merasakan TUHAN sebagai pemimpin kita. Marilah kita mengikhtirafi bahawa TUHAN ada peranan dan fungsi dalam hidup kita. TUHAN lebih penting daripada hirupan oksigen untuk menyambung kehidupan kita, TUHAN lebih utama daripada makan dan minum, TUHAN adalah yang utama dan terutama, tiada melainkan DIA sumber segala sumber.
Tiada kehidupan melainkan dengan TUHAN. Marilah kita cintai TUHAN lebih daripada segalanya. Kita biasa hidup berTUAN,marilah kita perbetulkan supaya kita hidup BERTUHAN. Marilah kita sandarkan harapan, kehendak,keinginan kepada TUHAN. Marilah kita pusatkan hati kita semata-mata kepada TUHAN.
Mintalah kepada TUHAN, janganlah kita meminta selain daripada TUHAN. Berharaplah kepada kasih TUHAN jangan mengharap dengan kasih manusia. Kasih manusia tiada yang kekal, sayang manusia tiada pula yang abadi.
Dunia tiada nilai walau sebelah kepak nyamuk pun di sisi TUHAN. Penuh ujian dan pancaroba untuk membuktikan kasih manusia kepada TUHANnya. Rebutlah peluang masa muda sebelum tuanya, rebutlah masa sihat sebelum sakitnya, rebutlah masa lapang sebelum sempitnya, rebutlah masa kaya sebelum miskin dan rebutlah masa hidup sebelum matinya. Memikirkan akan dunia pandai pula manusia menciptakan pelbagai tamsilan. Mereka yang berjaya dikatakan adalah yang menggunakan peluang manakala yang bijak pula dikatakan yang pandai merebut peluang seterusnya yang hebat pula dikatakan adalah mereka yang boleh mencipta peluang. Jika manusia boleh berfikir sejauh itu untuk dunia yang fana dan tiadanya kekal abadi, tidak pula bernilai disisi tuan punya dan pemiliknya maka sudah tentulah peluang-peluang yang ada itu dipergunakan sepenuhnya untuk memastikan segala sumber dan modal yang ada diuruskan seperti mana kehendak Allah swt supaya seluruh kehidupan kita menjadi IBADAH dan hanya dikhususkan buat TUHAN TUAN PUNYA PEMILIK ALAM INI.
Sungguh tiada perkataan untuk menukilkan secara maknawi kasih TUHAN melainkan jika dengan belas kasihanNya TUHAN memberi hambaNya nikmat 'rasa' akan kasihNya Tuhan. Jika tertitis setitik kasih TUHAN dalam hati sanubari manusia maka akan hancur lerailah hati tiada tertanggung akan titisan kasih tersebut. Berbahagialah hambaNya yang dianugerahi nikmat itu.
Tuhan...
belas kasihanilah Daku
Hambamu yang hina dina lagi banyak dosa
Tuhan...
Ampunilah Daku...
Banyaknya dosa hingga tidak terkata
Tuhan...
bagiMu mudah saja
untuk ampunkan dosa ku
sungguhpun bagai buih di lautan
Mudah sahaja bagiMu untuk mengampunkannya..
Tuhan...
Janganlah dibiarkan Aku
sesat setelah diberi petunjuk
janganlah aku dibiarkan meraba di tengahari
kasihanilah Aku,
hambaMu yang banyak dosa
0 comments:
Post a Comment