PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Sunday, January 25, 2009

Presiden dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dengan penuh takzimnya mengambil peluang ini untuk merakamkan Ucapan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan perjalanan dan kejayaan aktiviti dan program YKSNS sepanjang tahun 2008 sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Pelbagai suka duka, pahit manis telah ditinggalkan menjadi kenangan sepanjang tahun 2008 dan bakal dijadikan sempadan bagi tahun 2009. Menghadapi hari muka yang penuh cabaran, YKSNS mengharapkan ahli-ahli dan sukarelawannya bersatu hati bersama-sama memastikan keutuhan perpaduan dan kasih sayang yang tinggi bagi membolehkan segala cabaran tahun 2009 dapat dihadapi dengan tabah dan jayanya.
Pada kesempatan ini, saya Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di atas sokongan padu dan keprihatinan beliau berhubung dengan isu-isu melibatkan saudara baru di Negeri Sembilan. YKSNS mendoakan kesejahteraan dan limpahan Rahmat Allah swt ke atas YAB Dato Seri Utama dan keluarganya.
Tidak ketinggalan juga, YKSNS merakamkan penghargaan dan terima kasih Kepada Yg Bhg Sheikh Dato Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad, Penaung Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan di atas segala sumbangan bagi memastikan keseluruhan aktiviti YKSNS dapat dilangsungkan dengan baik dan berkesan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS