LAWATAN KE TERENGGANU

Friday, January 2, 2009

Pertubuhan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu pada bulan Disember 2008 untuk menjalin kerjasama dua hala dalam kerja-kerja dakwah. Di antara ahli Pertubuhan yang mengambil bahagian ialah wakil-wakil daripada Angkatan Belia Islam Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan, Majlis Madarasah India Muslim Malaysia, Persatuan Darussaadah Negeri Sembilan dan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
Ahli rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu dan diberi taklimat mengenai operasi dan aktiviti mereka. Seterusnya kami dibawa melawat Darul Hidayah yang menyediakan penempatan sementara untuk saudara baru di Negeri Terengganu.
Rombongan kami diketuai oleh Yg Bhg Dato Haji Mohamad bin Haji Husin, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Ustaz Ahmad Zaki bin Haji Hamzah, Penolong Mufti,Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
Rombongan kami juga sempat melawat Daru Innabah, pusat yang menyediakan rawatan pemulihan kepada bekas-bekas penagih dadah melalui terapi kerohanian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS