KOPERASI KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN BERHAD

Sunday, January 25, 2009

Syabas dan Tahniah kepada Ahli-ahli dan Sukarelawan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan yang telah mengorak langkah cemerlang untuk merealisasikan penubuhan Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad pada 23hb. Januari 2009 jam 4.45 petang bertempat di Komplek YKS Tok Muar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai lebih 50 orang bakal ahli telah berhimpun dan menjalankan Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad. Mesyuarat tersebut telah berlangsung dengan jaya dengan dibantu oleh Yg Bhg Encik Mahtar, Penolong Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Yg Bhg Ustaz Haji Jaafar bin Muhamad, Penasihat Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Yg Bhg Ustaz Ahmad Zaki bin Haji Hamzah, Penolong Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan merangkap Penasihat YKSNS.
Mesyuarat telah membentuk pemuafakatan untuk meluluskan Penubuhan Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad dengan 12 orang telah dilantik menjadi Anggota Lembaga Koperasi. YKSNS ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan Penubuhan koperasi tersebut.
Memetik kata-kata teladan, Haji Jaafar bin Muhammad menekankan pentingnya menetapkan niat yang betul untuk memastikan pengurusan koperasi yang cemerlang dan ahli-ahlinya memperolehi manfaat daripada kewujudannya. Lebih daripada itu,Haji Jaafar bin Muhammad meminta ahli-ahli bukan sahaja sekadar menyumbang modal malahan menyediakan diri untuk menjadi Sukarelawan YKSNS agar segala kegiatan kebajikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Bakal Anggota Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan yang berminat bolehlah menghubungi Urusetia Koperasi Yg Bhg Haji Mohd Nor bin Yassin, Setiausaha Koperasi bagi mendapatkan maklumat keahlian. Hubungi 06-4810092 atau 019249 0224 untuk keterangan lanjut.
Mesyuarat ditanggungkan pada jam 5.30 petang diikuti dengan solat Asar dan jamuan ringan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS