MALAM SEMARAK KASIH RASULULLAH SAW 1430H

Monday, February 23, 2009

Malam Semarak Kasih Rasulullah saw 1430 H anjuran Pertubuhan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan yang diurusetiakan oleh Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan diadakan pada 10hb. Mac 2009 di antara jam 8.45 malam hingga 11.00 malam bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.
Malam Semarak Kasih Rasulullah saw adalah anjuran bersama Pertubuhan Gabungan Persatuan Dakwah Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Malam Semarak Kasih Rasulullah saw akan dimeriahkan dengan aktiviti Bicara Semarak kasih oleh Yg bhg Dato Dr. Haji Mohd Yusof bin Othman, Pengarah Institut Hadhari UKM, Yg Bhg Prof Madya Dr Syarifah Hayati bin Syed Ismail, Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, Yg Bhg Tuan Haji Zulkarnain bin Itam, Penolong Kanan Pembangunan Modal Insan Maahad Ahmadi Gemencheh dan dipengerusikan oleh AF Ustaz Nazri Juhani, Bekas Penasyid Kumpulan Raihan. Beliau akan menyampaikan beberapa nasyid diikuti dengan persembahan teater muzikal kesenian Islam oleh Kumpulan Global Ikhwan.
Dengan hormatnya semua pihak dijemput bersama-sama mengambil bahagian dalam acara yang diadakan sempena sambutan maulud dan bulan dakwah di Negeri Sembilan. Terdahulu pada 9hb. Mac, perarakan Maulud akan diadakan bermula di Padang Majlis Perbandaran Seremban. Pertubuhan Gabungan Persatuan Dakwah Negeri Sembilan bercadang untuk menyertai perarakan tersebut dengan jumlah kekuatan 100 orang. Kita berharap semua pihak dapat mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.
Hubungi 012 3934840 untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS