Murtad atau Keluar Islam

Wednesday, February 11, 2009

Jenayah murtad merupakan cabaran di kalangan saudara baru. Persoalan murtad mendapat publisiti meluas sehingga turun menjadi buah mulut bukan sahaja di kalangan orang Islam yang sudah tentunya sensitif dengan isu ini bahkan di kalangan bukan muslim pun menjadi isu hangat. Masing-masing begitu ghairah memberi ulasan, pendapat dan pandangan tanpa melihat sejauh mana batas perbincangan yang dibenarkan supaya tidak menyinggung perasaan dan hati budi umat Islam.


Apabila menyentuh persoalan murtad, Islam mempunyai tatacara tersendiri untuk menangani isu tersebut, tidak seperti kepercayaan lain yang agak liberal terhadap pengamal ajarannya. Melihat dimensi pandangan yang pelbagai, pendapat yang keterlaluan diberikan kepada ajaran Islam. Perlu ditegaskan, Islam tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk agama Islam tetapi apabila seseorang itu dengan kerelaan dan tanpa paksaan telah membenarkan Islam sebagai pegangannya melalui penyaksian syahadah maka mereka adalah tertakluk kepada hukum- hakam Islam tanpa sebarang pengecualian.


Berasaskan pengalaman peribadi saya, pada peringkat awal disebabkan asas kefahaman yang masih tipis dan kefahaman yang tidak jelas juga tidak terlepas daripada salah faham apalagi mereka yang tidak mengetahui prinsip ajaran Islam. Semasa saya dalam alam jahil dalam mengenal Tuhan Yang Esa, persoalan ibadat adalah soal-soal peribadi, kalau teringat nak sembahyang , sembahyang lah, kalau teringat nak puasa maka puasalah, tiada hukum atau ketetapan tertentu. Tiba-tiba tengok pokok tu besar, berjuntai-juntai akarnya, gagah pula dahannya, terasa pula gerun melihatnya, sah jadi Tuhan. Mudah sangat mengambil sesuatu asal luar biasa saje bolehlah jadi Tuhan.
Besar sungguh nikmatnya HIDAYAH dari Allah swt. Petunjuk, taufik dan hidayah daripada Allah swt adalah amat besar nilainya untuk membezakan kebenaran dan batil. Sungguh tidak dapat diungkapkan dalam bahasa kefahaman dalam mengenal Allah swt. Dulu begitu taksub dengan Tuhan-tuhan kini terasa kelakar bila memikirkan semula aktiviti-aktiviti yang telah dilalui. Itulah sebabnya apabila kita berdakwah kepada bukan Islam, saya berasa tidak hairan apabila mereka tidak dapat melihat dan memahami kebenaran Islam. Adakah sama mereka yang diberi petunjuk dan yang berada dalam alam kegelapan ?!

2 comments:

edika February 23, 2009 at 6:12 PM  

saya amat tertarik mengenai isu murtad, tetapi mengapa tiada tindakan yang tegas dari pihak berkuasa atau ngo utk tangani masalah ini, ini isu agama harus dititikberatkan. harap bongkar kejadian murtad semoga menjadi iktibar umat islam

Cikgu Nan February 25, 2009 at 10:09 PM  

Terima Kasih Kepada Edika kerana membuat catatan dalam blog ini. Masyarakat Islam terutama orang Melayu perlu bangkit secara serius untuk mempertahankan Islam. Melayu dan Islam tidak boleh dipisah. Jadi jangan biarkan ianya terpisah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS