Mengapa 14 Feb ?
Tuesday, February 3, 2009
Mengapa mesti 14 Feb ?????
Bulan Februari, kita selalu menyaksikan media massa, pusat-pusat hiburan memperhebatkan promosi untuk menarik perhatian remaja untuk meraikan Hari Valentine atau Hari Kasih Sayang atau Hari Memperingati Kekasih. Apa pun nama yang diberikan ternyata kedatangan Valentine Day ini seolah-olah dinanti-nantikan. Pelbagai acara diadakan untuk menyatakan rasa kasih dan sayang kepada insan yang menjadi pilihan. Maka sibuklah remaja menyediakan pelbagai hadiah untuk membuktikan cinta kasih mereka terhadap insan pilihan hati. Di antara hadiah termasuklah pemberian kad-kad ucapan dan yang paling popular ialah pemberian hadiah sejambak ataupun sekuntum mawar merah. Mungkin dengan perkembangan teknologi telefon bimbit yang canggih, ucapan-ucapan kasih sayang dapat disampaikan tepat detik 12 malam menjelang tibanya Valentine Day’s. Tidak ketinggalan pasangan-pasangan veteran juga mengambil peluang mengimbaskan kembali nastolgia lama yang kembali mekar bersama-sama kedatangan tanggal 14 Februari.
Apapun acara yang diadakan demi menyatakan cinta dan kasih agar subur dan mekar kembali tidaklah menjadi kesalahan malahan umat Islam digalakkan menyemai perasaan cinta dan kasih sayang yang telus ikhlas sesama manusia dan adalah merupakan tuntutan murni Ilahi. Kita hendaklah menyuburkan emosi berkasih sayang ini sepanjang masa sehingga akhir hayat kita tanpa membataskan atau menentukan hari-hari tertentu supaya kita perlu berkasih sayang. Penentuan hari-hari tertentu ini banyak pula persoalannya yang perlu direnungkan bersama-sama supaya kita tidak sembrono membudayakan sesuatu tanpa mengenal pasti susur galurnya.
Namun persoalan ialah mengapa mesti 14 Februari ? Marilah kita meninjau sejarah permulaan sambutan tersebut supaya sekurang-kurangnya kita tidaklah meniru secara membuta tuli mengambil sesuatu yang tidak molek sebagai pakaian untuk mencorakkan akhlak dan budaya kita. Jati diri kita akan tergadai kalau kita tangkap muat dalam meniru budaya asing menjadi pedoman kita.
Pada dasarnya hari kekasih hanyalah berdasarkan kepada kepercayaan animisme ( kepercayaan bahawa setiap benda ada semangat ) yang bersumber daripada paganism ( kepercayaan karut ) orang musyrik. Apatah lagi, Hari Kekasih ialah penghormatan kepada seorang paderi Kristian. Terdapat pelbagai versi untuk mempopularkan dan meyakinkan bahawa hari tersebut mesti diraikan yang bukan menjadi tujuan penulis membicarakan isu ini. Kita tidak prejudis dan tidak pula iri hati dalam menilai kesesuaian dan keperluan tradisi itu mewarnai kehidupan kita.
Penulis ingin mengajak para remaja merenung sejenak sambil menarik nafas panjang wajarkah kita terlibat dengan budaya hidup barat yang hanya bertopengkan unsur kasih sayang yang sangat murni sifatnya untuk dicemari dengan dosa dan noda ? Bayangkan wajah insan yang dikasihi apakah benar-benar kita ingin menitipkan kehalusan nilai kasih sayang itu pada hari berkenaan tanpa kehadiran naluri nafsu yang merosakkan ?
Para remaja yang disayangi, prinsip dasar Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalls’ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani ( Kristian ) dan berubah menjadi ‘acara keagamaan’ yang dikaitkan dengan kematian St Valentine.
Valentine juga jelas bukan bersumber daripada ajaran Islam yang suci melainkan bersumber daripada rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Berpegang kepada akal manusia semata-mata tetapi jika tidak didasarkan kepada Islam ( Allah ) maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 120: ‘ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka ’
Amaran Allah swt hendaklah kita jadi teladan dan sempadan seterusnya mengambil sikap berhati-hati pada apapun agenda tersirat puak yang tidak bertanggungjawab.
Demi kasih sayang kepada remaja muslim yang dikasihi, berfikirlah sejenak sebelum melangkah untuk meraikan sesuatu mengikuti kemahuan hati tanpa pengetahuan jelas mengenai intipatinya yang bakal mengundang kecelakaan. Hadiah yang diberikan sebagai ungkapan cinta adalah sesuatu yang baik namun bila dikaitkan dengan pesta-pesta kristiani dan tradisi-tradisi barat akan mengakibatkan kita terikut-ikut dengan budaya dan gaya hidup mereka sesuatu yang menjadi larangan dalam agama kita.
Allah swt menciptakan dan mengungkapkan kasih sayang di muka bumi adalah dengan maksud baik bukan seminit untuk sehari atau sehari untuk setahun dan lebih malang lagi bukan kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkah Rasulullah saw bersabda: ‘ Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya sepertinya cintanya kepada diri sendiri’.
Penghayatan kepada peribadi dan akhlaknya junjungan nabi saw sudah cukup ampuh untuk kita ikuti dalam pernyataan kasih sayang. Sirah hidupnya memberi kita contoh ikutan terbaik dalam kita mencorakkan kehidupan. Umat Islam tidak perlu kepada model selain baginda saw.
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta hiburan dan bersukaria serta sering kali tanpa mengendahkan akhlak dan budaya masyarakat timur. Lebih-lebih lagi Islam menganjurkan agar umatnya tidak membazir sedangkan aktiviti Valentine Day lebih bersifat boros dan membazir bukan sahaja pembaziran wang ringgit tetapi juga masa hidup yang berharga.
Anak-anak remaja yang dikasihi, apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang ternyata bertentangan dengan akidah kita. Kita akan terhukum kerana mengotori akidah kita dengan alasan toleransi dan setiakawan. Berwaspada pada dakyah musuh kita.
Remajaku, kita harus bersedih kerana sudah begitu jauh mengayunkan langkah-langkah untuk memuja Valentine Day. Sudah semestinya kita menyedari sejak saat ini akan keterlanjuran itu dan berazam agar tidak berterusan terperdaya dengan tipu daya sambutan tersebut. Seruan ini adalah bertujuan memperingati agar kita selalu tunduk dan patuh kepada ajaran Rasulullah saw sehingga ke akhir hayat. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Terlalu banyak kaedah untuk menyatakan kasih sayang sesama kita, tidak terbatas hanya pada 14 Februari dengan sekuntum mawar merah !
Lihatlah kebangkitan Islam ! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Kerana sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan bersifat material sedangkan hati mereka kosong dan kering bagai ‘ robot’ yang bernyawa.
Apa dia amalan berkasih sayang? Di antara tips amalan berkasih sayang sifat-sifat terpuji peribadi dan akhlak mulia terutamanya sifat sabar dan taat, murah hati dan pemaaf, tidak pemarah tidak pula pendendam, jauh pula daripada sifat hasad dengki apalagi sombong dan tinggi diri. Bercakap penuh santun santun, yang muda disayangi, yang tua dihormati. Berdukacita dengan ketidakadilan, bersukacita terhadap kebenaran, lemah lembut berbicara, tegas dalam tindakan, taat pada pemimpin, amanah pada pengikut. Sabar menanggung penderitaan dan ujian, syukurnya pula banyak sekali. Mengasihi manusia tiada mengira pertalian darah, saling bantu membantu dan suka pula tolong menolong, tidak berkira, kedekutnya tidak sekali-kali. Memuliakan dan menjamu tetamu merupakan amalan kasih sayang. Mudah memaafkan orang terutamanya ketika berkuasa. Mengasihi pengikut bagaikan dirinya sendiri. Mendahului dalam memberi salam, pantas dalam bertanya khabar. Jauhilah yang jahat dan lakukan yang terbaik. Berbudi baik pada yang musuh apalagi pada sahabat handai. Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan. Lakukanlah yang terbaik. Jika musuhmu lapar bagi dia makan, jika dia haus bagi dia minum. Jangan kita kalah dengan kejahatan tetapi kalahkan kejahatan dengan kebaikan. Indahkan Islam itu…
Semoga Allah senantiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus seterusnya menjadi jambatan untuk masuk syurga yang hamparannya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Berdoalah agar Allah merahmati kita supaya termasuk dalam golongan orang-orang yang disebutkan: “ Kecintaan-Ku adalah bagi mereka yang saling mencintai kerana Aku, yang saling mengunjungi kerana Aku dan yang saling berkorban kerana Aku”.

0 comments:
Post a Comment