Yoga - Antara Senaman dan Ritual Hindu
Sunday, March 22, 2009
Daripada pagi tadi sedang menterjemah artikel yang ditulis oleh Ustaz Anuar Paker Muhammad daripada Bahasa Tamil ke Bahasa Malaysia. Ustaz Anuar Paker Muhammah merupakan seorang tokoh kesusasteraan Tamil yang terkenal di kalangan masyarakat India. Beliau merupakan penulis skrip drama radio berbahasa tamil terutama untuk siaran radio berunsur agama Islam dalam bahasa Tamil. Selain daripada itu, beliau juga bergerak aktif sebagai tenaga pendakwah bebas untuk program-program melibatkan saudara baru dan masyarakat India Muslim di seluruh Malaysia.
Seperti yang dijanjikan, beliau telah pun berada di Kompleks YKS Tok Muar Kuala Pilah, Negeri Sembilan sejak malam tadi. Sesudah sarapan kami memulakan kerja-kerja penterjemahan. Rupa-rupanya Yoga yang selama ini dianggap sebagai senaman adalah salah satu daripada 6 bahagian pecahan utama dalam agama Hindu . Yoga juga dikenali sebagai Agama Falsafah. Terkejut juga apabila mengetahui bagaimana Yoga yang merupakan gerakan-gerakan bersifat ritual telah meresap masuk ke dalam masyarakat Islam tanpa disedari. Malahan ada pula orang Islam yang sibuk mempertahankan Yoga. Gambar di sebelah merujuk kepada penjelmaan Patanjali ( Pengasas Yoga )
' Mereka yang mengatakan Yoga hanyalah senaman dan tidak ada kaitan dengan mana-mana agama adalah pendapat orang yang tidak mempunyai pengetahuan langsung berhubung dengan asal usul Yoga', kata Ustaz Anuar.
Tambah Ustaz Anuar lagi, dari segi definisinya, Yoga adalah ' Join and to become one '. Yoga adalah hakmilik masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi. Amalannya adalah gabungan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan Tuhan.
Lebih menakutkan lagi amalan Yoga mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera. Ada pihak membantah sambil mengatakan bahawa mereka hanya melakukan gerakan fizikal yang merupakan peringkat pertama dalam upacara kerohanian Yoga. Segala gerakan mempunyai maksud tertentu dan mempunyai fokus untuk matlamat akhir bersebati dengan Tuhan. Pengamal yang serius dan mematuhi prinsip-prinsip Yoga akan memperolehi 'sesuatu kuasa' apabila diamalkan untuk jangka waktu tidak kurang daripada 14 tahun. Yoga menggabungjalinkan 6 pusat kuasa yang dikenal pasti di tubuh badan manusia dengan memusatkan konsentrasi tahap tinggi pada sesuatu pusat kuasa dibantu dengan latihan kawalan pernafasan yang melibatkan proses menarik nafas, menghembus nafas dan menahan nafas yang merupakan nadi utama nyawa manusia. Pada kebiasaannya proses pernafasan adalah semulajadi bagi kebanyakan manusia biasa tetapi bagi pengamal Yoga kawalan pernafasan adalah sesuatu yang penting. Mereka berlatih untuk bernafas mengikut kehendak mereka.
Yoga juga adalah agama falsafah yang diasaskan oleh seorang petapa yang bernama Pathanijali Rshi yang berasal daripada India. Dikatakan hidup sebelum AD500. Rshi ( Rshi adalah gelaran bagi mereka yang berjaya dalam pertapaan )inilah yang bertanggungjawab untuk menulis amalan Yoga yang diberi nama Yoga Sutra ( orientalis Barat menamakannya Bible of Yoga ).
bersambung...
1 comments:
Salam, berbagai pendapat telah dikeluarkan mengenai amalan yoga, namun sebagai umat islam seperti yang telah diwartakan oleh para ulamak amalah yoga mempunyai unsur syirik maka kita perlu meninggalkannya, janganlah memberikan alasan senaman , banyak lagi kaedah senaman yang boleh diamalkan selain yoga
Post a Comment