Program Mendekati Masyarakat Orang Asli

Saturday, March 21, 2009

Sabtu, 21 Mac, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ( YKSNS ) dengan kerjasama Biro Keselamatan Negara Negeri Sembilan ( BKN ) bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan, khusus Daerah Kuala Pilah bersama-sama menganjurkan Program Mendekati Masyarakat Orang Asli bertempat di Kg Bari, Inas, Johol, Negeri Sembilan. Seramai 300 orang asli daripada beberapa kampung berdekatan dijangka akan mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Sukaneka, Pertandingan Melukis Dan Mewarna Berkeluarga dan Persembahan Muzikal. Acara penutup dan penyampaian hadiahnya akan disempurnakan oleh YB Dato Roslan Mohd Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Johol pada jam 4.30 petang.
Turut bekerjasama menjayakan program tersebut di atas ialah Sukarelawan YKSNS yang terdiri daripada bekas Pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh dan orang-orang perseorangan. Selain daripada itu, Pusat Kaunseling MAINS dan Penggerak Jakim daripada seluruh Negeri Sembilan juga turut membantu.
Sambutan luar biasa juga diterima daripada penduduk Kg Bari dengan komitmen padu daripada Tok-Tok Batin kampung berkenaan. Sukarelawan yang terlibat sudah mula bertugas sejak malam tadi dalam acara Pertandingan karoeke di antara penduduk kampung orang asli sekitar Johol. Penyampaian Hadiah akan diadakan pada jam 4.30 petang.
YKSNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program tersebut diatas. Di antara agensi yang terlibat ialah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya, Polis Di Raja Malaysia, Ahli-ahli Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad dan diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara, Cawangan Negeri Sembilan.

2 comments:

edika March 21, 2009 at 8:47 PM  

Syabas, Cikgi Nan teruskan usaha murni anda,

edika March 21, 2009 at 8:48 PM  

Minta maaf, salah ejaan Cikgu nan bukan cikgi, jangan terasa,

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS