Hidayah Anugerah Agung

Friday, April 17, 2009

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAIWP) akan menganjurkan Kursus Pemantapan Akidah Saudara Kita bermula pada hari ini 17hb. April hingga 19hb. April 2009 bertempat di Hotel Naza, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Dijangka seramai 40 peserta yang terdiri daripada saudara kita daripada pelbagai keturunan akan mengambil bahagian. Sebahagian pesertanya terdiri daripada muallaf berketuruna Iban, India dan Cina.
Insya ALlah juga, saya telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian pengalaman bersama saudara kita pada 18hb. April 2009 di antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di Hotel Naza, tempat berlangsungnya kursus berkenaan. Walaupun saya tidak tahu apa yang hendak disampaikan ataupun adakah saya sesuai untuk membuat perkongsian tersebut, hati saya berhasrat untuk menerima pelawaan tersebut. Semoga saudara kita yang bakal ditemui itu mempunyai satu gelombong dan aura dengan saya supaya penyampaian dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya. Moga-moga Tuhan memberkati usaha ini. Perkongsian pengalaman tersebut adalah atas tajuk HIDAYAH : SATU ANUGERAH.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS