Hidayah : Satu Anugerah Agung

Monday, April 20, 2009

Pada kali ini saya ingin mencatatkan pengalaman dalam menyampaikan perkongsian pengalaman dengan saudara baru. Pada 18hb. April 2009, saya seperti yang telah nyatakan sebelum ini diminta memberi perkongsian pengalaman di Hotel Naza, Melaka Bandaraya Bersejarah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya. Rata-rata yang menghadirinya ialah saudara baru daripada Sabah dan Sarawak terutama keturunan Iban dan ada juga seorang pensyarah daripada limkokwing turut hadirin. Beliau berketurunan Filipino. Hanya 2 orang berketurunan India dan 1 orang keturunan Cina. Jumlahnya hampir 30 orang dan perempuan lebih ramai daripada lelaki.
Ada juga peserta yang hadirin terdiri daripada orang yang lahir sejak Islam. Beliau menemani seorang saudara baru. Alhamdulillah, ada juga yang prihatin dan sanggup melapangkan masa untuk menemani dan memberi sokongan moral kepada saudara baru. Saya gembira dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup berkorban untuk memberi sokongan moral kepada saudara baru tersebut.
Penyampaian berlangsung selama 2 jam dan banyak soal jawab daripada saudara baru berkisar tentang soal-soal menghadapi situasai baru bersama keluarga asal . Lebih kepada cerita-cerita dan pengalaman yang saya sampaikan kepada hadirin. Rupanya perkongsian pengalaman ini lebih menyentuh kerana adanya 'kesamaan' . Sebagai saudara baru saya lebih memahami perkara yang disampaikan kerana saya turut merasai pengalaman menghadapi keluarga asal selepas masuk Islam, bagaimana menghadapi saat-saat kematian ibu bapa, bagaimana harus bertindak tanpa melukakan hati keluarga asal dan tidak menggugat akidah.
Malangnya di Negeri Sembilan, saya tidak pernah dijemput atau diberi peluang untuk mendampingi saudara baru ... Bomoh kampung tak laku...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS