Kelas Pengukuhan Pelajar Miskin

Tuesday, April 7, 2009

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Kelas Pengukuhan Pelajar Miskin bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah terutama yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. Dalam perjumpaan dengan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah, Haji Zawawi Haji Hasan menyambut baik cadangan tersebut bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk menghadiri kelas pengukuhan seumpama itu. Tambahan pula, program tersebut akan diadakan pada Hari Sabtu dan Ahad dapat mengisi kekosongan masa agar pelajar tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja.
Pelajar-pelajar berkaitan yang berminat boleh menghubungi talian 06-4810092 untuk membuat pendaftaran bagi mengikuti kelas tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS