Saturday, May 30, 2009

Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan telah mengadakan pertemuan dengan SS Dato Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, dalam pertemuan tersebut kesemua wakil-wakil yang sempat hadir telah memperkenalkan pertubuhan masing-masing dan aktiviti mereka. Perbincangan yang diadakan dalam suasana tidak formal itu dapat memberi peluang kepada semua wakil untuk bertukar-tukar pandangan dengan SS Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Namun antara isu atau nasihat SS Dato Mufti Negeri Sembilan berhubung dengan tuduhan-tuduhan yang mengatakan adanya fahaman Wahabi yang berleluasa di Negeri Sembilan dan nampaknya agak khuatir fahaman tersebut meresapkan dalam Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Negeri Sembilan.
Ada sape-sape boleh memberi penjelasan tentang Wahabi ini ?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS