Malam Muzikal Di Sini Tertumpahnya Kasih II
Monday, June 1, 2009
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Muzikal Di Sini Tertumpahnya Kasih II terpaksa ditunda ke suatu tarikh pada bulan Oktober 2009 ( selepas Hari Raya Puasa ).
Kami mengambil keputusan ini disebabkan masih banyak tiket yang tidak dapat dijual dan masih belum mencapai sasaran. Walau bagaimanapun, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan pembeli tiket di atas keprihatinan dan sifat murah hati, semoga Allah swt akan membalas jasa murni para dermawan. Pengurusan akan menghubuni penyumbang dan pembeli tiket untuk memaklumkan perubahan ini secara rasmi.
Kami memohon maaf di atas kesulitan dan memandang tinggi kepercayaaan dan harapan terhadap Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Presiden
0 comments:
Post a Comment