PROGRAM PERMUAFAKATAN SAUDARA MUSLIM

Monday, May 11, 2009

Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Pemuafakatan Saudara Muslim pada 24hb. Mei 2009 bertempat di Surau Haji Mohd Musa, Seremban Selatan di antara jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.
Yg Bhg Ustaz Haji Muhammad Farid Ravi bin Abdullah akan menyampaikan ceramah pada jam 10.30 pagi. Sebelumnya, akan diadakan aktiviti Melukis Dan Mewarna di atas tema IBU. Dijangka seramai 700 orang akan mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, saudara baru dan para pemimpin masyarakat setempat termasuk pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Jamaah Islah Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia, Majlis Madrasah India Muslim Malaysia, Pertubuhan Cina Muslim Malaysia, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dan Persatuan Darussaadah Negeri Sembilan.
Beberapa pertubuhan juga akan mengadakan Pameran sempena dengan Program Pemuafakatan Saudara Muslim di Surau Haji Mohd Musa, Seremban Selatan. Untuk menyerikan majlis tersebut dengan segala hormatnya dijemput tuan/puan hadir beramai-ramai bersama-sama keluarga bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS