TIADA ISTILAH BERSARA ATAU BERHENTI DALAM KERJA BERSAMA TUHAN
Saturday, May 23, 2009
Tiada Istilah BERSARA dalam kerja-kerja agama
Pencen atau bersara adalah istilah untuk kerja cari makan di dunia. Apabila capai usia wajib untuk bersara maka seseorang akan bersara bermakna menamatkan rutin harian iaitu pekerjaan yang dilakukannya bertahun-tahun untuk mencari makan sesuap dua nasi sementara menunggu panggilan Allah swt.
Manakala tugas hakiki manusia ialah beribadah kepada Allah swt, hanya akan tamat apabila sampai panggilan maut penghapus kelazatan hidup. Tiada siapapun boleh mendakwa bercuti ataupun bersara daripada ibadah mereka kepada Allah swt.
Mereka yang beriman beribadat dalam semua keadaan. Ibadah waktu sihat, ibadah waktu sakit, ibadah waktu senang, ibadah waktu susah, ibadah waktu muda, ibadah waktu tua. Ibadah dalam semua keadaan. Makin sakit makin kuat beribadah. Apalagi waktu sihat sudah tentu lebih daripada itu. Kita perlu tahu bahawa kita beribadah bersama Tuhan.
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan tidak mampu untuk memberi elaun atau gaji yang mahal, tuntutan mahupun cuti keraian, tuntutan perjalanan kerana kami tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Petugas kami bekerja dengan ikhlas dan mengambil sedikit upah dengan gembira bagi kesemua kerja yang mereka lakukan. Kami mempunyai lebih kurang lima atau enam orang petugas yang gigih dan rela untuk menafkahkan waktu mereka demi mencapai keredhaan Allah swt. Tiada siapa pun yang mampu membayar upah kami kerana kami hanya mengharap dengan Allah swt. Sedikit upah yang diberi diterima dengan kesyukuran supaya Allah swt menambah nikmat-Nya berlipat kali ganda.
Janganlah menggadai pahala Allah swt dengan termakan pujuk rayu syaitan supaya meninggalkan kerja dakwah. Tiada yang lebih hebat selain daripada menjadi hamba Allah swt dalam memperkasakan agama Islam di persada bumi ini. Susah payah dan penat lelah kerana Allah swt adalah nikmat bagaikan menjamah madu manisnya.
Berbeza pendapat, berselisih faham, melalui situasi dan suasana tertekan adalah asam garam dalam pekerjaan dan kehidupan. Hanya keikhlasan boleh mengekalkan kita kerana tugas dan tanggungjawab kita hanya semata-mata kerana Allah swt.
Sekali peristiwa, saya berjumpa dengan bekas Mufti Negeri Sembilan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana membantu beliau. Saya memandang tepat pada matanya. Beliau mengalih pandangan dan mengulangi kenyataannya tadi, Terima Kasih kerana membantu Agama Allah swt. Hati saya seperti telah berkata-kata dengan beliau dan seolah-olahnya beliau juga turut faham maksud pandangan mata saya. Begitulah, saya pernah juga terasa hati namun apabila kita membaca kisah-kisah Nabi saw dan sahabat apalah sangat kesukaran yang kita alami kalau dibandingkan dengan mereka. Selain daripada itu, adanya sahabat-sahabat yang saling menyokong adakalanya menghiburkan hati. Bertuah Tuhan mengizinkan kita mempunyai sahabat-sahabat yang boleh bersama-sama memikul beban perasaan dan berkongsi suka duka kerja-kerja kebajikan. Saya amat bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat seperti Ustaz Ahmad Zaki Haji Hamzah, Ustaz Muhammad Azhar dan Ustaz Kamal Amran Kamaruddin dan Ustaz Zainal walaupun tidaklah banyak berhubung tetapi amat terasa sokongan yang diberikan. Namun saya faham bahawa sokongan tersebut adalah demi meraih sedikit pahala dan keredhaan Allah swt.
Sisa-sisa hidup kita tinggal sikit. Hari makin petang. Usia makin lanjut. Gigi mula goyang, mata mula rabun, mendengar orang bercakap, perlu ditanya-tanya dan diulang-ulang. Itulah signal Allah swt. Sesungguhnya saya berdoa kepada Allah swt, supaya menjadikan seluruh tujuan dan maksud kehidupan ini hanya untuk mencapai keredhaan Allah swt. Amat bertuah mereka yang hidup bersama Tuhan. Segala kepahitan dan penat terasa menghiburkan kerana kita tahu Tuhan tidak pernah mungkir janji. Janji Allah swt pasti. Itulah menjadi idaman kita.
Mereka yang ada niat untuk bersara atau berhenti daripada berbakti atau berkhidmat kepada Allah swt – luruskan niat, ikhlaskan amal dan biarlah Allah swt yang membuat keputusan. Sama ada perlu bersara atau berhenti adalah keputusan mutlak Allah swt. Di mana sahaja kita berada kita adalah ejen Allah swt. Ingat kita bukan menolong orang lain tetapi kita hanya menolong diri sendiri untuk mendapat keredhaan Allah swt. Ingat kita tidak dipergunakan orang dalam kerja ibadah tetapi hanya menjadikan diri kita berguna di sisi Allah swt.

0 comments:
Post a Comment