Ucapan Sempena Program Pemuafakatan Saudara Muslim

Friday, May 22, 2009

Teks Ucapan
Muhammad Adnan bin Abdullah
Pengerusi Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan


Bismillah irrahman irrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima Kasih Kepada Saudara Pengerusi Majlis

Yang Berhormat
Datuk Abdul Razak bin Mansur
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan
Merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Yang Berbahagia Encik Kamal Amran bin Kamaruddin
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Yang Dimuliakan
Tuan Haji Muhammad Farid Ravi bin Abdullah
Pengarah Pusat Pengajian Al Quran dan Hadis
KUIS merangkap Penceramah Undangan

Yang Berusaha
Haji Abdul Ghafar bin Haji Abdul Manaf
Penasihat Surau Haji Mohd Musa

Yang Berusaha
Sdra Kamaruddin bin Haji Musa
Pengerusi Surau Haji Mohd Musa dan ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli Kariah

Yang Dihormati
Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan / Negeri

Yang dihormati Pengerusi/Yang Dipertua Pemimpin-pemimpin Pertubuhan Gabungan Persatuan Dakwah Negeri Sembilan, Pemimpin-pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan dan para hadirin yang dihormati sekelian.

Terlebih dahulu marilah kita mengucap segala puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan limpahan kurnia dan rahmatnya kita dapat menghadiri Program Pemuafakatan Saudara Muslim. Selawat dan Salam kita sampaikan kepada Pemimpin Agung Baginda Rasulullah saw dan keluarganya serta para sahabatnya yang tetap setia mempertahankan kebenarannya risalahnya, baik semasa hidupnya mahupun setelah ketiadaanya.

Yang Berhormat Dato,

Mewakili ahli-ahli Pertubuhan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato kerana kesudian hadir dalam Program Pemuafakatan Saudara Muslim Negeri Sembilan yang dianjuran secara bersama oleh Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan dan Surau Haji Mohd Musa.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato Seri Utama Haji Mohammad bin Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan di atas sokongan padu yang diberikan kepada Pertubuhan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan dalam menjalankan gerakerja dan aktiviti dakwah di Negeri Sembilan.

Tidak ketinggalan juga rakaman terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan pegawai-pegawainya yang begitu prihatin dan bersedia untuk membantu semua golongan yang layak mendapat perhatian dalam soal-soal kebajikan. Ini merupakan komitmen agama dan sosial yang sangat tinggi dan sesungguhnya wajar mendapat perhatian dan penghargaan masyarakat.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Yg Berbahagia Ustaz Haji Muhammad Farid Ravi bin Abdullah, Pengarah Pusat Pengajian Al Quran dan Hadis, KUIS walaupun sibuk tetapi bersedia untuk menerima jemputan daripada kami. Terima Kasih sekali lagi dan semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya.

YB Dato’;

Penubuhan Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan ini telah diusulkan pada tahun 2004 dalam salah sebuah seminar anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha untuk menyelaraskan segala gerakerja aktiviti dakwah di Negeri Sembilan yang dipelopori oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan. Alhamdulillah, sebanyak 7 buah Pertubuhan telah menyatakan persetujuan untuk menjadi ahli Gabungan yang terdiri daripada

1. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan,
2. Angkatan Belia Islam Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan,
3. Majlis India Muslim Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan,
4. Jamaah Islah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan,
5. Ikatan Muslimin Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan dan
6. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan
7. Pertubuhan Darussaadah Negeri Sembilan

Manakala Agensi Kerajaan seperti Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Pusat Kaunseling MAINS menjadi Ahli Bersekutu untuk menyokong segala aktiviti dakwah di Negeri Sembilan.

Untuk makluman YB Dato dan hadirin, kepimpinan Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah ini akan dipergilirkan di antara Pemimpin-pemimpin Pertubuhan dan kini adalah giliran Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan bertindak menjadi Pengerusinya. Pemuafakatan adalah daripada keselarasan aktitiviti dan gabung jalin dalam peranan tanpa mengetepikan fungsi asal penubuhannya. Insya Allah, keahlian gabungan ini akan dibuka kepada semua pertubuhan yang mempunyai objektif kepentingan mempertahankan agama Islam dengan beberapa syarat yang termaktub dalam undang-undang tubuhnya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kami dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah pun menganjurkan beberapa aktiviti secara bersama-sama dan diantaranya ialah Sambutan Maal Hijrah, Program Semarak Kasih Rasulullah saw dan beberapa siri program ziarah dan dakwah di seluruh Negeri Sembilan.

Tujuan utama Pertubuhan ini ialah untuk menyelaraskan dan mewujudkan pemuafakatan dalam segala usaha dakwah di Negeri Sembilan seterusnya menjadi badan dampingan untuk bersama-sama Agensi Pelaksana Agama memperkasakan dan menyebarkan syiar Islam di Negeri Sembilan khasnya.

Keseluruhan pertubuhan-pertubuhan ini mempunyai rangka gerakerja yang tersusun dan menfokuskan beberapa aktiviti utama sebagai dasar kegiatan mereka. Ada juga di antara pertubuhan ini mempunyai rumah perlindungan untuk membantu golongan yang memerlukan rumah perlindungan. Selain daripada itu, Pertubuhan-pertubuhan ini juga menjad Hub Rakan Sokongan kepada saudara-saudara baru di Negeri Sembilan. Kesemua usaha ini mendapat bantuan dan sokongan kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan terutamanya YAB Dato Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kita berharap usaha-usaha ini akan mendapat keberkatan Allah swt dan mengharapkan sedikit kasih dan sayang Allah swt, moga Allah swt menitipkan sedikit pahala di sininya.




Akhir sekali saya mengambil peluang ini sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada

1. Ahli Jawatankuasa Surau Haji Mohd Musa yang sudi menjadi tuan rumah;
2. Tuan Haji Abdul Ghafar bin Haji Abdul Manaf, Penasihat Surau Haji Mohd Musa;
3. Petugas dan Sukarelawan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan yang bertungkus lumus untuk memastikan segala perancangan dapat dijalankan dengan jayanya
4. Para Jemputan yang diraikan
5. Ahli-ahli Gabungan, Penceramah, Para Juri dan Hakim dan

Dan semua pihak yang sama-sama menjayakan Program Pemuafakatan Saudara Muslim ini. Sekian sahaja dan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS