Monday, June 29, 2009

Beberapa tahun sebelum YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia bersara, beliau ada menyatakan dalam ucapan pentingnya dalam sebuah majlis berkenaan dengan Palenstine bahawa memberi penjelasan merupakan suatu pendekatan untuk mengurangkan ketegangan. Beliau merujuk kepada pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat ketika itu. Saya memetik prasa ucapan tersebut kerana saya dapati nasihat beliau itu amat berguna untuk dijadikan ingatan dan panduan. Sementara nasihat kedua yang disampaikan dalam ucapan beliau ialah dalam situasi kita menghadapi sesuatu perkara, suatu tindakan bijak ialah dengan mengurangkan musuh dan bukannya menambahkan musuh.
Sungguhpun konteks ucapan beliau dalam majlis tersebut berbeza tetapi intipati ucapannya dapat digunakan dalam pelbagai situasi. Dalam menghadapi ketegangan, memberi penjelasan akan mengurangkan ketegangan dan dalam situasi tertekan dan terancam, usaha untuk mengurangkan musuh hendaklah menjadi fokus kita. Kaedah ini bukan sahaja boleh bermanfaat dalam bidang politik, pertahanan tetapi juga dapat digunakan dalam semua situasi sama ada dalam kegiatan dakwah, kemasyarakatan, perniagaan mahupun kekeluargaan. Penguasaan komunikasi secara berkesan dan prihatin dengan mengambil kira asas-asas keilmuan komunikasi dan batas-batas kesopanan tutur bicara akan membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.
Kata-kata yang diucapkan dengan ikhlas dan apabila jatuh ke hati yang subur dengan iman akan bercambah dan membuahkan hasil.
saya akan sambung....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS