Ulama Berasa Pelik, Orang Awam Rasa Bingung

Friday, June 26, 2009

Memberi pandangan, memberi nasihat, menegur, mengkritik, mengulas, memberi komen, memberi cadangan adalah antara aktiviti kita saban hari. Setiap daripada kita bebas memberi komentar mengenai apa juga perkara demi kebaikan umum. Perbezaan pendapat juga adalah perkara biasa apabila dilihat daripada sudut percambahan dan kesuburan aktiviti komunikasi manusia dalam berinteraksi di antara satu sama lain. Tentunya bertujuan untuk menyampaikan pandangan mahupun memberi teguran dengan niat yang baik untuk mempertingkatkan kualiti sesuatu perkara yang diperkatakan. Semua pihak pastinya menarik nafas panjang sambil memahami sesuatu perkara yang diperkatakan dan mengambil pendirian dan kemahuan untuk memperbetulkan ataupun mempertingkatkan berhubung dengan isu-isu tertentu. Namun begitu semua perkara ini haruslah 'dihidangkan' mengikut citarasa dan selera kumpulan sasaran supaya hasrat yang ingin disampaikan tepat pada sasaran dan diambil peduli seterusnya tindakan dibuat untuk memenuhi maksud teguran. Sebaliknya jika kita hentam keromo dan tidak berstrategik dalam 'menyajikan' pandangan kita akhirnya terjadilah keadaan, 'Padi yang kutanam, rupanya lalang pulak yang tumbuh'.
Memetik suatu pesanan menarik yang disampaikan oleh motivator dalam tempoh 10 tahun yang lalu mungkin dapat menjadi contoh supaya kita dapat menerobosi niat artikel ini. Beliau menyarankan bahawa dalam usaha kita memasarkan sesuatu barangan, janganlah kita memberi publisiti percuma kepada pesaing kita. Kita bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan barangan kita, lalu kita mengaturkan temu janji, sudah tentu melibatkan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit lalu dalam pertemuan yang sepatutnya secara bersungguh-sungguh kita mempromosi barangan kita , kita isi pula dengan segmen free publisity dengan mengkritik dan memperkenalkan barangan dan syarikat lain. Sudah tentu akan berlaku kesan terbalik. Sepatutnya kita menanamkan kecintaan pelanggan kita kepada produk kita tetapi apa yang berlaku pelanggan banyak sangat didedahkan dengan keburukan produk dan syarikat lain. Secara tidak langsung, yang pertama daripada pelanggan tersebut langsung tidak tahu mengenai pesaing kita, dia sudah dimaklumkan oleh kita dan kedua ingat bahawa setiap daripada kita diberikan akal yang berkemampuan untuk menilai, menaakul, mengagak, mengimbas dan tidak sekali-kali akan menerima sesuatu perkara yang diperkatakan secara bulat-bulat. Apabila sudah ada perbandingan, pelanggan memerlukan masa untuk membuat penilaian dan keputusan. Sudah tentu kita pasti terlepas daripada jualan pada hari itu kerana kemungkinan pelanggan mengambil pendirian untuk menyemak fakta mengenai produk pesaing.
Apa yang ingin saya perkatakan ialah dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam, kita hendaklah mengambil pendekatan untuk 'memakukan' kecintaan kepada akidah Islam secara murni dalam setiap pertemuan yang diadakan. Saya risau isu-isu yang membuat ulama pelik dan orang awam bingung ini sepatutnya sudah selesai dan tidak perlu diungkit-ungkit dan diperkatakan secara mendalam, tersusun dan mengeluarkan belanja. Kita tidak perlu memberikan kedudukan istimewa untuk memperkenalkan produk lain dalam premis kita. Siap belanja minum plak lagi.
Pengalaman saya menunjukkan ramai kalangan saudara kita masih tidak biasa perkara-perkara asas seperti solat 5 waktu, tertib dalam solat, wuduk pun masih terkecuh-kecuh. Tak sanggup duduk lebih daripada 15 minit dalam masjid, berterabur lari selepas solat tak sempat doa. Tahu kenapa ? Sebab dia MALAS.
Cinta kepada Tuhan dah kurang
Cinta dunia dah lebih
Maksud dunia banyak yang indah
Maksud akhirat tak nampak - tunggu mati
Dunia ini fatamorgana, dilihat ada dicapai tidak !!
Masyarakat Islam sudah lama hidup harmoni dengan mempunyai kemampuan membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Orang tua-tua kita menyediakan pagar-pagar yang rapi dan meletakkan tanda noktah kepada apapun isu. Setiap persoalan sudah ada kaedah penyelesaian. Jangan kita musnahkan pagar-pagar, dinding-dinding dan tembok-tembok akidah yang kukuh itu kerana sesuatu niat yang hanya diketahui Allah swt. Apabila ada masalah dalam persoalan akidah, marilah kita bincangkan secara tertutup dengan menjemput mereka yang terlibat. Kalau kita berusaha menjadi hero dan bertindak menjuarai sesuatu isu dengan mengetepikan ribuan orang awam yang sebenarnya tidak langsung mengetahui perkara ini, kita akan berdiri di depan TUHAN sebagai makhluk kedua yang paling berdosa. Kita menjadi juara di tengah lautan manusia tetapi kita akan tersungkur di depan TUHAN.
Persoalan murtad, dahulunya saya juga turut teruja untuk memperkatakan mengenai isu ini. Kita berasa kita hebat kerana memperkatakan isu-isu luar biasa. Dulunya orang Islam sangat takut nak sebut MURTAD. Nak sebut pun takut.. Hari ini diperkatakan secara meluas dan menakutkan... Sebagaimana takut sebut talak/cerai. main-main pun sungguh, sungguh-sungguh sudah tentu sungguh, bukan main tu...
Tahu Murtad...
Mengaku Allah itu bukan TUHAN...
Muhammad saw bukan Rasul dan Nabi...
tak gementar ke hati !!
so, jangan buat masyarakat kecuh
saudara baru lagi pening nanti..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS