Bersatu Hati Bersatu Padu Kerana Allah swt

Friday, June 5, 2009

Marilah kita bersatu hati dan bersatu padu kerana hanya dengan perpaduan dan pemuafakatan sahaja kita mampu membina kekuatan sejati. Islam adalah agama perpaduan. Tiada perbezaan sedikitpun di antara manusia di muka bumi ini melainkan dengan taqwanya. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, tiada perbezaan status di antara kaya dengan miskin, juga di kalangan manusia yang berlainan bahasa, adat resam dan warna kulit malahan itu pula menjadi sebab mengapa kita perlu bersatu hati dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Perbezaan yang ada di antara kita merupakan kekuatan yang perlu digabungjalinkan bukan sesuatu yang perlu dilihat sebagai sebab untuk membina permusuhan antara kita.
Sesuatu persahabatan yang dibina di atas dasar kasih sayang bersumberkan dunia tidak akan kekal abadi malahan boleh berakhir dengan permusuhan. Pemuafakatan tidak boleh ada kepentingan peribadi atau pun dunia. Pemuafakatan, kasih sayang dan kerjasama hendaklah hanya semata-mata kerana Allah swt.
Dalam menjalani hidup perbezaan pendapat adalah asam garam yang perlu diterima. Kita perlu bertolak ansur untuk mencapai perpaduan. Lagikan lidah tergigit ini kan pula manusia biasa daripada pelbagai keturunan dan ruang lingkup budaya etnik. Adakalanya kita terpaksa memendam perasaan demi kebaikan ummah keseluruhannya. Ikutkan hati binasalah hidup.
Namun walaupun kita duduk dalam sebuah bangunan, mengadap satu kiblat, berTuhankan Yang Maha Esa, berasulkan Nabi saw, sungguh rambut sama hitam tapi hati tetap tak sama. Dicubit peha kiri, terasa juga peha kanan, hanya tinggal slogan semata-mata. Gotong-royong, tolong menolong, berkongsi untuk berkembang hanya jadi halwa telinga setengah daripada kita. Hakikatnya, kepentingan diri juga yang menjadi raja. Matlamat kita Tuhan bukan diri kita. Matlamat kita akhirat bukan dunia semata-mata. Jangan rakus mengejar dunia sehingga hati menjadi kering kontang, tiada sedikit pun belas kasihan terhadap orang lain. Perjuangan kita hanya semata-mata untuk Allah swt dan menyebarkan agama Islam. Barang siapa yang memjuangkan selain daripada itu, rugi serugi-ruginya nanti. Hanya agama dapat menyatupadukan kita. Biarlah kita meminta maaf, kalau dengan meminta maaf itu boleh menyatupadukan masyarakat. Biarlah kita berundur kalau dengan berundurnya kita Islam terbela. Biarlah kita mengalah jika mengalah itu menguntungkan agama. Tapi bangkitlah dengan semangat perjuangan kental jika kebangkitan kita bakal mengharumkan nama Islam. Kita yakin kematian hanya untuk Allah swt. Kematian hanya sekali bagi orang beriman tapi mati berkali-kali bagi yang tidak mengenali Allah swt. Kalau perlu kita bangkit menentang musuh kita bukan kerana tergoda dengan nafsu tapi kerana HAK semata-mata. Kebangkitan yang penuh dengan kasih sayang. Marilah kita tawan hati-hati manusia dengan kasih sayang. Hati yang jinak dengan Tuhan boleh ditawan dengan kasih sayang tapi nafsu yang jahat perlu ditangan-tangankan !!
Buat kerja mesti rajin dan bersungguh-sungguh. Buat keputusan mesti dengan tekun dan teliti. Kita mesti rancang kerja kita. Kalau tidak kita akan buat kerja bodoh. Nampak pandai pakai tali leher tapi bodoh nak mampus. Cakap mesti berisi, ikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Jangan jadi tin kosong - bunyi berdesing-desing isinya kosong. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. Nak yang mana fikirlah sendiri... Letih nak ajar manusia tak guna akal. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan supaya tak naik lemak.
Buat kerja kerana Tuhan mesti buat sedaya upaya. Bukan main-main. Berusahalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, beribadatlah seolah-olah kamu akan mati sat lagi. Maksudnya urusan dunia boleh tangguh sebab kalau tak dapat buat hari ini, kita masih boleh buat esok tapi urusan akhirat tak boleh tangguh. Takut tak sempat!!
Ini tidak urusan dunia pulun habis, sanggup bersengkang mata, bergolok bergadai, berebut-rebut, bergaduh-gaduh, tikam menikam, tolak menolak, cubit-mencubit tapi bab agama tak pe la jabatan agama ada. Apa kita nak sibuk-sibuk, mereka kan dibayar gaji untuk tu...
Doalah banyak-banyak supaya hati terdidik. Beristhifarlah banyak-banyak ketika menerima amanah supaya Tuhan mencampakkan kefahaman hakikat amanah itu. Takutlah ketika menerima amanah kerana pemegang amanah akan dipersoalkan. Manusia hari ini sudah tidak taat lagi. Mereka hanya TAAT kepada hawa nafsu. Setelah melakukan dosa Nabi Allah Adam lari ke sana sini dalam syurga maka ditanya Tuhan, Adakah kau lari daripada Aku? Jawab Nabi Adam, mana mungkin saya boleh lari, kau Maha Meliputi. Itu apo ko buek tu? Aku maluuu wahai Tuhanku.... Tiada tempat untuk menyembunyi muka ku, Mana aku mengadap hanya kaulah TUhanku. Apapun sebab yang kita beri hakikatnya kita sentiasa curang dengan Tuhan. Tau curang tak? Kalau isteri berlaku curang, tau pulak marah? Atau suami berlaku curang tau plak nak memberontak.. Curang dengan Tuhan nie camana??????
Marilah kita bertaubat!!!
Aku mendahului..

1 comments:

wan abdullah June 6, 2009 at 11:46 AM  

Dalam menuju tuhan bersatu hati adalah perkara yang amat penting dan tidak dinafikan, dalam pada itu manusia juga diajar untuk bersatu hati dalam menjalani kehidupan dunia bagi mencapai kehidupan yang kekal abadi diakhirat sana.
Setiap manusia mempunyai pendirian masing-masing namun sebagai manusia, tidak ada kesempurnaan dalam menjalan kehidupan sebagai seorang manusia.
Kesusahan perlu dirasai bersama bukan dengan mengarah, kesenangan perlu diraikan bersama bukan dengan sendirian.
Asam garam kehidupan banyak meyebutkan bahawa " jangan impikan sesuatu yang sukar dicapai" Sekiranya kita kata kesempurnaan itu adalah sesuatu yang wajib, maka perlu diajar kepada merka yang tidak tahu ( janga lah kita egokan diri dengan hanya pandai berkata). Walaupun banyak perkara yang telah dilalui dan boleh dijadikan sebagai panduan namun masa, tampat dan persekitaran belum tentu dapat membantu melainkan dengan "Hati yang ego, Diadapkan, Akal yang panjang di Ajarkan".. sebagai manusia memang akan ada yang pakai tali leher dan nampak pandai, tetapi belum tentu dapat melakukan yang terbaik tanpan bimbingan, sebagai manusia memang juga akan ade yang handsome dan cantik tapi isi kosng mcm tin kosong. "Jangalah dilepaskan barang yang telah dimiliki kerana mengharapkan barang yang masih jauh. seorang mukmin mensyukuri nikmat yang telah dimiliknya dan menerima dengan syukur jika ditambahkan nikmat kepadanya" Prof Dr Hamka

Kata lain, "Hari ini kita selamat menyeberangi jambatan dunia kera sempurnanya ciptaan manusia, suatau hari kita gagal menyeberangi jambatan akhirat kerana tidak menyempurnakan tuntutan dan kewajipan"

Tuntutan dan kewajipan terhadap Tuhan, Rasul, sesama manusia juga tidak terkecuali.. Moga difikir-fikirkan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS