Saturday, June 6, 2009

Kalau kita membaling bola ke dinding, hukum alamnya ialah bola tersebut akan melantun balik kepada orang yang membaling. Itu adalah hukum alam. Makanya orang yang membaling bola ke dinding, biasanya tahu reaksi yang bakal dihadapi. Mereka yang ingin belajar adalah orang yang suka mendengar kritikan bukan setakat pujian. Kritikan yang pedas tetapi bersifat membina adalah berguna. Malangnya hati yang terpukul dengan kritikan tidak melihat kritikan yang disampaikan sebagai pengajaran. Mereka juga gagal mencari motif kritikan. Sebaliknya membicarakan perkara-perkara kecil tanpa menyelidiki apakah motif sebenar, apa isunya yang sebenar. Di antara tamsil besar dalam penulisan sebelum ini ialah isu adakah Allah swt murka dengan Nabi Allah Adam kerana Nabi Allah Adam makan buah yang dilarang atau soal ketaatan Nabi Allah Adam kepada perintah Allah swt. Allah swt tidak heran dengan buah yang dimakan - tak luak pun khazanah Allah swt...
Bukan soalnya mengarah, bukan soalnya merasai kesenangan. Malangnya mempunyai pengikut yang tidak taat. Malangnya mempunyai anak didik yang tidak memahami niat tersirat, Malangnya mempunyai orang yang buta dan tuli dalam memahami seseorang. Berkali-kali mengajar dan membimbing hanya untuk orang yang nak belajar tapi kalau sudah terasa pandai, itulah sebabnya pandangan dirasakan arahan. Kita mestilah panjang akal dalam menaakul apakah sebenar isu dan isi kandungnya. Untuk itulah tawasul dan mohon petunjuk kepada Allah swt penting supaya arahan dan kepatuhan kepada ketua bukan ikut-ikutan yang membuta tuli tapi dengan sebenar-benarnya kefahaman. Walaupun kita bijak dalam setengah bidang tapi kita bodoh juga dalam bidang yang lain sehingga kita memerlukan pertolongan orang lain. Kalau sekadar tukar perkataan kepada kurang cerdik sama gak ertinya dengan bodoh atau tolol. Khinzir dan babi sama sahaja tetap haram. Kurang jijiklah disebut khinzir...
Kalau nak belajar perlu berguru dan bersedia dengan pengeras dan pantang larangnya. Guru mesti dicari, ilmu mesti dipelajari. Yang Bulat tidak akan datang mengolek dan yang pipih tidak akan datang melayang. Kita perlu berusaha gigih untuk mendapatkannya.
Idea penulisan saya adalah mengenai perkara lain dan adalah rentetan daripada isu yang saya tulis sebelum, harap tiada yang tersalah tafsir. Kata-kata yang digunakan adalah kata-kata terpilih secara sedar tanpa kesilapan.
Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya....

4 comments:

Ahmadinejad June 7, 2009 at 12:22 AM  

Bila nabi Adam dilarang mendekati kawasan larangan itu, siapa yang mengambil alih tugas untuk menyesatkan serta mempengaruhi Nabi Allah Adam?? Bukan kah Nabi Allah Adam tetap bertaqwa dengannya.. Namun atas kesilapannya kepada penciptanya maka beliau berasa malu sangat2. Namun setelah sekian lama, Allah tetap mengampunkannya.

Apabila Manusia dikatan bodoh atau kurang bijak itu menunjukkan keangkuhan kita terhadap apa yang dikurniakan kepada kita, kita tidak seharusnya menggunakan "benda yang dipinjamkan" untuk menindas gologan yg tidak diberikan kesempatan untuk menimba ilmu. (orang yang xpandai la)

Apabila dikatan babi @ Khinzir ianya menunjukan kesopanan kita dalam menyampaikan kata-kata sesama manusia.

Sebagai manusia kita jangan menggunakan kegoan kita dalam mengajar manusia.

Manusia yang ikhlas mengajar manusia yang lain tanpa merunggutkan apa-apa perkara, itulah manusia yang luar biasa.

Kata orang2 tua, "Jangan Kerana setitk nila, rosak susu sebelanga"
dan "jangan kerana ayam bertelur sebiji, heboh sekampong".

Siapa yang termakan cili dialah terasa pedas, tapi siapa yang Ingat jika diberi amanah, perlulah ditunaikan, atau ingin menghadap yang maha esa dalam keadaan kegagalan??

Ahmadinejad June 7, 2009 at 12:25 AM  

Ini hanyalah sekadar pandangan semata-mata, tidak seharusnya dijadikan sebagai ukuran dalam kehidupan..

Ahmadinejad June 7, 2009 at 12:31 AM  

Berkasih sayang itu adalah naluri yang Allah campakkan didalam setiap hati manusia.Bagi si Suami kasihnya pada si Isteri,Bagi si Anak kasih pada Ibu begitulah sebaliknya. Dan setiap makhluk pasti ada sang pencintanya.Itu lumrah kehidupan setiap makhluk yang Allah ciptakan .Subhanallah sungguh agung cintanya makhluk Allah itu kalau cinta dan kasih itu kerana Allah s.w.t.

Sepertimana Firman Allah s.w.t didalam surah al Fath ayat 29 Mafhumnya:

Allah berkata ,"Nabi Muhammad ialah utusan Allah.Dan orang -orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam .Sebaliknya ,mereka bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama mereka."

Jelas sekali mafhum ayat diatas Allah tidak membenarkan pada setiap hambaNya untuk bermusuhan bahkan digalakkan setiap makhluknya berkasih sayang antara satu sama lain dengan ada batasannya.Kerana dengan mengikut jalan Allah sudah pasti kita akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak sepertimana yang telah direkodkan oleh Bukhari dan Muslim:

Abu Hurairah pernah melaporkan ,Nabi Muhammad pernah berkata ," Ada tujuh kategori manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat ,dan tiada naugan yang lain selain daripada naunganNya.


1) Mereka adalah pemimpin yang adil.

2)Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah .

3)Orang yang hatinya terpaut kepada masjid.

4)Dua individu yang saling kasih mengasihani kerana Allah.Kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.

5)Lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status kecantikan tetapi dia berkata, 'Percayalah,saya takut kepada Allah.

6)Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya ,sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya .

7) Orang yang ingat pada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis airmatanya".


Maka untuk mendapat naunganNya nanti jadikanlah diri kita dari tujuh perkara yang dikatakan oleh Rasul Al-Amin insyallah.

(Percayalah ,pada hari kiamat nanti Allah akan berkata, 'Mana dia orang -orang yang saling kasih mengasihani demi keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan kuberi naungan ,sedangkan pada hari ini tiada naungan kecuali naunganku.") Muslim

Cikgu Nan June 7, 2009 at 8:04 PM  

Terima Kasih Dan Difahami. Semoga Allah swt merahmati kita. Ameen

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS