Keikhlasan
Wednesday, June 3, 2009
Soal ikhlas ini hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Tiada makhluk di mukabumi ini yang mampu menyelami niat dan keikhlasan seseorang. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui akan apa yang terkandung dalam isi hati manusia. Setiap perkataan dan perbuatan serta tindak tanduk insan bergelar manusia sukar diramal, penuh dengan teka teki dan rahsia yang tersembunyi.
Dalam kerja-kerja kebajikan, soal ikhlas adalah fokus Tuhan. Kita mesti mengikhlaskan segala perbuatan, perkataan dan niat hanya semata-mata kerana Allah swt. Situasi ini adalah sesuatu yang sukar kerana sebagai manusia biasanya kita mengharap sesuatu dalam tindak tanduk kita. Apabila berbuat baik kepada seseorang atau sesebuah masyarakat, kita mengharap kita dibalas baik. Hati kita luka terhiris apabila apa yang berlaku tidak seperti yang dijangka. Lalu timbul kemarahan dan dendam. Tidak kurang juga tabiat mengungkit-ungkit. Hati melonjak-lonjak memaksa lidah mengucapkan kata-kata bertujuan mengungkit-ungkit sepuas-puasnya. Tanpa berfikir panjang demi dikuasai nafsu, kita tanpa disedari menjamu selera nafsu mazmumah dengan kelazatan 'mencaci, menghina, menyebut-yebut, mengungkit-ungkit beberapa menu kegemaran nafsu mazmumah.
Padan muka dia, ada ke patut kita tidak dipedulikannya,
Macam melepaskan anjing tersepit..
Susah cari kita, senang entah kat mana..
Lalu berjayalah Makhluk Allah swt yang bernama Syaitan dalam memperdayakan manusia untuk menyertainya. Dia orang ini lagi hebat daripada aku, Sungguh aku takut akan kemurkaan Allah swt. Sape suruh ko ikut aku.. aku lariiik...
Punahlah keikhlasan...
Keikhlasan ini adalah anugerah,
Kesabaran adalah latihan,
Derita adalah ujian.
Sabar dalam derita merupakan latihan menuju keikhlasan.
Betapa deritanya hati kerana tidak dapat membalas kejahatan orang terhadap kita ?
Betapa sengsaranya jiwa kerana tidak dapat membalas caci maki orang terhadap kita ?
Betapa hibanya telinga kerana tidak mendengar orang yang kita tolong memuji memuja kita?
Sedikit pun dia tak ingat aku kan... sia-sia je aku tolong dia..
Datangnya perasaan-perasaan ini adalah ujian, untuk menguji iman kita, keyakinan kita akan janji ALlah swt bahawa Allah swt berserta dengan orang-orang yang sabar.
Sabar dalam Solah
Sabar dalam derita
Sabar dalam kesenangan
Sabar dalam kejahilan
Sabar dalam Iman
Sabar dalam Kekayaan
Sabar dalam Kemiskinan
Sabar dalam penindasan
Sabar dalam sabar
kerana dalam usaha untuk menjadi sabar itu kita perlu bersabar..
Apakah kamu berfikir bahawa kamu akan dibiarkan mengaku beriman sebelum diuji untuk menentukan tahap keimananmu?
Apabila derita tiba, yang dikasihi tidak kunjung tiba, leka dengan permainan dunia ataupun lalu tidak bersapa, bukan lupa tapi tak ingat, hati mula riuh rendah mendesak lidah memuntahkan kata nista menikam hati. Ketika itu hadir dalam ingatan janji Allah. Biarlah manusia lupa akan kita, berkunjung tidak, bertanya khabar haram tapi hati tetap dengan TUHAN.
Wahai Tuhan yang empunya Hati,
Tetapkanlah hatiku bersamaMu
Jika dibiarkan melilau hatiku,
Dalam sesaat mungkin beribu ingatan,
Jadikanlah ingatanku hanya untuk Mu
Datangkanlah sabar dalam derita
Hadirkanlah perasaan derita kerana Mu
sebagai kelazatan hidup.
Terasa sakit pada mata orang
Sungguh nikmat pada yang merasa
Alangkah Indahnya Hidup Bersama Tuhan !!
0 comments:
Post a Comment