Kem Remaja Soleh

Monday, June 1, 2009

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Kem Remaja Soleh bermula pada 5hb. Jun hingga 7hb. Jun 2009 bertempat di Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dijangka seramai 20 orang peserta daripada pelajar-pelajar Sekolah berdekatan akan mengambil bahagian dalam program 3 hari 2 malam tersebut. Pendidik-pendidik terkenal seperti Ustaz Zulkarnain Itam dan beberapa orang pensyarah dari KUIS akan turut mengambil bahagian dalam program tersebut bagi memberikan input-input bermakna kepada anak-anak remaja sebagai bekalan meniti hari untuk menjadi remaja soleh.
Selain daripada itu, remaja-remaja ini juga akan terlibat dengan aktiviti riadah, kembara dan aktiviti jati diri yang disusun khas oleh petugas-petugas YKSNS. Mereka yang berminat bolehlah menghubungi kami untuk pendaftaran: 06-4810092 / 06-4810122. Para peserta yang berjaya menjalani sesi latihan kem remaja soleh akan menerima Sijil Penyertaan yang akan disampaikan oleh Yg Bhg Ustaz Ahmad Zaki bin Haji Hamzah, Penasihat YKSNS pada sesi penutup yang akan diadakan pada 7hb. Jun 2009 antara jam 12.30 hingga 2.00 petang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS