Seminar Khas Menangani Isu Along

Tuesday, June 16, 2009

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dan Perkim NEgeri Sembilan telah mengadakan pertemuan dengan Yg Bhg Dato Nadzim Johan, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia tempohari terutama untuk membincangkan isu penyelesaian hutang along.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia agak terkedepan apabila berusaha gigih untuk menangani isu tersebut secara serius dan bersungguh-sungguh. Penyelesaian dan kaedah yang dicadangkan nampaknya praktikal dan boleh digunapakai secara meluas di Malaysia bagi menangani isu along. YKSNS dan Perkim Negeri Sembilan mendahulu yang lain merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada PPIM terutamanya Y Bhg Dato Nadzim Johan di atas keberanian menghadapi isu tersebut.
Bahawa bagi memastikan penyampaian maklumat kepada pengguna terutama di Negeri Sembilan, kami secara bersama-sama bercadang untuk menganjurkan Seminar Khas Menangani Isu Along.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS