Suatu Usaha Khas Buat Muhammad Firdaus Toh Abdullah

Tuesday, June 16, 2009

Muhammad Firdaus Toh bin Abdullah, 22 tahun penghuni Asrama Kasih Sayang Negeri Sembilan. Dirujuk oleh Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak Istimewa, Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Berketurunan Cina dan memeluk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Mendapat perlindungan di YKS sejak bulan November 2008 dan mendapat tajaan penuh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Muhammad Firdaus Toh bin Abdullah mengalami kecacatan sejak lahir. Berpindah randah daripada beberapa keluarga angkat. Pada 16hb. Jun 2009, atas usaha Muhammad Shahrizan bin Abdullah, dibawa berjumpa dengan Pakar Tulang, Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Telah menjalani beberapa pemeriksaan termasuk xray dan pemeriksaan mata. Didapati matanya pun mengalami kerosakan.
Mengikut doktor usaha pemulihan tulang saudara Muhammad Firdaus Toh Abdulah adalah suatu proses yang panjang dan perlu melalui beberapa kali pembedahan. Menurut doktor Muhammad Firdaus Toh bin Abdullah ada harapan untuk berjalan dengan baik setelah melalui pembedahan.
Saya merakamkan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Shahrizan bin Abdullah di atas idea dan usaha beliau. Orang-orang yang berfikiran beginilah yang kita nak. Senyap tetapi berisi. Mahu menyumbang idea, tenaga dan usaha. Amat terasa dia membantu untuk melakukan sesuatu.
Jangan tanya apa sumbangan YKSNS kepada kita tapi tanyalah apakah sumbangan ANDA kepada YKSNS.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS