LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG

Thursday, July 23, 2009


Tarikh 22 Julai 2009 bertempat di Kuarter Kerajaan, Jalan Berek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ( berhampiran Pejabat Daerah ) telah diadakan gotong royong. Seramai 28 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program Gotong Royong untuk membantu YKSNS membersihkan rumah-rumah kerajaan yang berjumlah 10 unit untuk digunakan sebagai Rumah Perlindungan YKSNS.



YKSNS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan gotong royong tersebut. Di antara agensi yang membantu ialah 10 orang daripada Jabatan Pertahanan Awam, 6 orang daripada Pejabat Daerah Kuala Pilah dan 8 orang warga YKSNS. Majlis Daerah Kuala Pilah telah menyediakan sebuah lori sampah untuk membantu kerja-kerja pembersihan. Program yang bermula jam 8.00 pagi itu berakhir pada jam 1.00 tengahari. Peserta telah dihidangkan dengan jamuan minum pagi dan makan tengahari oleh Urusetia YKSNS.



Kumpulan sukarelawan yang menyertai gotong royong ini telah melakukan pembersihan di sekitar kawasan rumah dengan mengumpul dan membuang sampah-sampah, memotong rumput dan menebang pokok-pokok yang tidak diperlukan. Sebahagian lain pula telah melakukan pembersihan dalam rumah dengan tugas menyapu dan mencuci lantai, ruang mandi, ruang dapur dan tandas. Selain daripada itu, beberapa orang juga telah membuat kerja-kerja pembaikpulihan.



YKSNS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kuala Pilah di atas kesudian untuk membenarkan penggunaan rumah-rumah tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS